Tak Jumpa Anak 3 Bulan, Fiza Halim Cerita Perkara Sebenar

Pelakon Fiza Halim akui menerima pelbagai tohmahan selepas dituduh kaki s0ndol dan mata duitan oleh adik iparnya sendiri baru-baru ini.

Kata Fiza ia sebahagian daripada ujian hidupnya dan menerimanya sebagai qada dan qadar.

“Semua yang berlaku sudah pun tertulis.Ada yang mengh1na,menc4ci,meng3ji saya. Bermacam-macam tohm4han yang saya dapat. Tapi saya hanya berdiam diri dan tak nak berkata apa-apa.

“Biarlah…bagi saya,ini adalah ujian dan bahagian saya. Saya reda dan pasr4h dengan semua ketentuan yang sudah pun tertulis pada lukisan hidup saya…Hidup perlu diteruskan.

“Saya hanya manusia biasa dan seorang hamba yang lemah dan sering melakukan k3silapan.Tiada seorg wanita pun di dunia ini inginkan perpis4han…Tapi qada dan qadar dari Allah tak siapa tahu..,” katanya.

Fiza berkongsi luahan hatinya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam hantaran yang sama dia jua turut meluahkan rasa sed1h kerana tidak dapat berjumpa dengan anaknya Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 3, disebabkan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP).

Namun bersyukur kerana akhirnya selepas hampir tiga bulan mereka dapat berjumpa kembali.

“Hampir tiga bulan kami tidak berjumpa disebabkan PKP. Saya hanya hamba yang lemah, tiada seorang wanita mahupun seorang ibu inginkan perpis4han.

“Tidak mungkin seorang ibu sanggup berjauhan daripada anaknya. sed1h saya siapa yang tahu. Hari ini, Allah SWT makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ini.

“Terima kasih Tuhan atas kegembiraan dan nikmat yang Kau hadirkan ini. k3sabaran yang cukup bermakna, jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, pada 11 Julai lalu nama Fiza menjadi bualan dalam Twitter selepas seorang individu yang merupakan bekas adik iparnya mendakwa dia seorang ‘kaki s0ndol’ dan pemusn4h rumah tangga orang.

Individu yang menggunakan nama Afrina Farzana itu mendakwa, Fiza menjadi orang ketiga yang memusnahkan rumah tangga abangnya dengan bekas isteri.

Untuk rekod, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun disahkan bercer4i pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Perkahwinan kedua juga tak dapat diselamatkan.

Manakala, perkahwinan ketiga yang dibina pada Disember 2016 bersama juruterbang, Aizat Al Jefri juga tidak berpanjangan apabila Fiza sendiri mengaku sudah bercerai pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Aizat, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Baby Aleena.

Reda dan pasrah. Itu yang dilakukan oleh pelakon Fiza Halim selepas dihujani dengan pelbagai hinaan dan kecaman berhubung kontroversi dakwaan ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang baru-baru ini.

Menurut Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim, 40, dia enggan melayan segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya kerana menganggap semua itu sebagai ujian kecil dalam hidup.

“Semua yang berlaku sudah pun tertulis.Ada yang menghina, mengeji dan mencaci tetapi saya hanya mendiamkan diri.

“Biarlah, bagi saya ini ujian. Saya reda dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah tertulis pada lukisan hidup ini. Apapun, hidup perlu diteruskan,” tulisnya dalam satu entri Instagram.

Namun, perkara yang lebih duka ialah apabila dia tidak berpeluang untuk bertemu dengan anaknya bongsunya, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 3, disebabkan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP).

Luahnya, dia sama juga seperti manusia lain yang tidak suka dengan perpis4han terutama bersama zuriat sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓕𝓲𝔃𝓪 𝓐𝓫𝓭𝓾𝓵 𝓗𝓪𝓵𝓲𝓶™️ (@fizahalimofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Tak Jumpa Anak 3 Bulan, Fiza Halim Cerita Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*