Tak pakai mask… influencer dik0mp4un RM1,500 selepas m4lukan warga tua di pusat gel4nd4ngan

TIDAK lama selepas video dia meninggikan suara kepada seorang warga emas tersebar, usahawan yang juga influencer media sosial, Carl Samsudin dikenakan k0mp4un sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika menyampaikan ceramah di Pusat Transit Gel4nd4ngan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, k0mp4un terhadap pengasas dan pemilik butik Bella Ammara itu dikeluarkan pada Rabu.

“Berdasarkan kepada si4sat4n yang dijalankan, didapati kejadian tersebut berlaku pada 27 Julai 2021 pukul 11.30 pagi sewaktu individu tersebut sedang menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gel4nd4ngan di pusat transit tersebut.

“Pada 28 Julai 2021 pukul 5.20 petang individu dalam video tersebut telah dipanggil ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan ins1den di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Jalan Pahang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Zainal berkata, kompaun tersebut dikeluarkan mengikut peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan J4ngkit4n)(Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya terus mematuhi yang ditetapkan Majlis k3selamatan Negara (MKN) dalam usaha memutuskan rantaian cov1d-19.

Terdahulu menerusi video pendek berdurasi 49 saat itu, Carl dilihat meninggikan suara terhadap seorang gel4nd4ngan warga emas ketika menyampaikan ceramah.

“Masa muda dahulu, menyesal tak buat betul-betul? Masa muda dahulu menyesal tak banyak main? Korang bila tua nanti baru nak menyesal ke?”

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God, ‘God show me the way how I want to change my life’. Pernah tak?” demikian kedengaran suaranya dalam nada yang tinggi.

Video berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh usahawan tersebut di Insta Story akaun peribadi miliknya sebelum dip4dam, namun sempat disimpan oleh netizen.

Susulan penularan video tersebut, Carl bukan sahaja menerima kec4man hebat netizen, malah beberapa selebriti tempatan juga terbuka menegur sikapnya yang disifatkan sangat bi4d4b.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Tak pakai mask… influencer dik0mp4un RM1,500 selepas m4lukan warga tua di pusat gel4nd4ngan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*