Solat sunat taubat, sedekah, doa jadi amalan Fazura

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura mengakui akan sentiasa memperbanyakkan solat sunat taubat ketika berdepan detik sukar dalam kehidupan.

Fazura berkata, dia juga sering melakukan amalan bersedekah dan berdoa dalam kehidupan sehariannya.

“Saya selalu akan banyakkan bertaubat, sedekah dan doa, Insha-Allah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Banyakkan juga melakukan perkara yang mulia secara diam-diam,” katanya ketika menjawab pertanyaan peminat pada ruangan soal jawab (Q&A) menerusi Instagram Stories.

Difahamkan sesi ruangan soal jawab terbabit dibuka buat kali pertama kepada pengikutnya selain teruja untuk menjawab segala soalan yang diajukan.

Menurut Fazura, demi memastikan dirinya menjadi muslim yang terbaik dia juga akan sentiasa memperbaiki ibadahnya.

“Istiqamah dan sentiasa memperbaiki ibadah kita setiap hari. Perbuatan kecil tapi berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura turut menjawab pertanyaan peminat mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata kedua.

“MasyaAllah Tabarakallah… Insha-Allah tak lama lagi?” tulisnya ringkas.

 

Sumber : HM

Be the first to comment on "Solat sunat taubat, sedekah, doa jadi amalan Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*