“I dan anak-anak akan tunggu you balik”,- Shuib Memaklumkan Tahap Oksigen Sarah Ada Peningkatan

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan akibat tahap oksigen menurun sejak semalam.

Susulan itu Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini perlu menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang, semalam.

Suami Siti Sarah juga pelawak, Shuib menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi mengenai tahap kandungan oksigen Sarah yang kini semakin meningkat dan menunjukkan tanda positif.

“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar, masih lagi perlukan bantuan oksigen. Cuma, alhamdulillah ada peningkatan.

“Jam 11 malam (semalam), oksigen turun sehingga 40, tapi jam 2 pagi alhamdulillah, oksigen naik sampai 77 dan baru sebentar tadi, doktor maklumkan, oksigen Sarah 80.

“Saya harap, semua yang melihat hantaran ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” katanya.

Terdahulu, Shuib memuat naik gambar keluarganya dan menulis luahan rasa hatinya yang menantikan kepulangan isteri tercinta.

“I tahu you dengar setiap kata hati I. You kuat, sayang! I dan anak-anak akan tunggu you balik,” tulisnya.

Semalam turut diadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Sarah secara dalam talian dan disertai sahabat handai penyanyi itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HM

Be the first to comment on "“I dan anak-anak akan tunggu you balik”,- Shuib Memaklumkan Tahap Oksigen Sarah Ada Peningkatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*