“Saya yakin dia akan balik..”- Shuib Yakin Sarah Akan Pulang Ke Rumah Mereka Selepas Ini

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang sempat dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) H0spital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pagi tadi memberi khabar baik tentang dirinya.

Menerusi kiriman suara yang diberikan kepada Gempak melalui pengurusnya, Nana Mohd Rom, sebentar tadi, Sarah memaklumkan dirinya saat ini berada dalam keadaan baik.

“Alhanndulillah tadi Shuib call, habis bacaan yasin, doktor cakap Sarah stabil. Sarah okay,” katanya dalam nada seb4k.

Sarah juga memberitahu akan melalui proses pembed4han untuk menyelamatkan bayi berusia 7 bulan dalam kandungannya pada pukul 2 petang ini.

“Insya Allah pukul 2 ini doktor akan keluarkan baby melalui pembed4han. Minta tolong doakan saya,” kata Sarah lagi menangls.

Sementara itu, Shuib, 36, juga melahirkan kesyukuran apabila dimaklumkan nnengenai keadaan terkini Sarah yang sempat kritlkal selepas 0ksigen dalam badannya turun.

“Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan yasin untuk kesejahteraan @sitisarahraissuddin tengahari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh @shuibsepahtu sekeluarga.

“Paling mengharukan, sebaik sahaja tamat bacaan Yassin doktor memaklunnkan yang paras oksigen Sarah semakin balk dan akan melakukan pembed4han mengeluarkan bayi dalam kandungan pukul 2 petang nanti.

“Insya-Allah dengan pembed4han tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya,

Terdahulu pelawak dan usahawan ini mengambil inisiatif melakukan majlis bacaan Yasin dan doa secara dalam talian pada pukul 12.30 tengahari tadi buat Sarah. Bacaan tersebut dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

Difahamkan, majlis bacaan yasin dan doa selamat buat Sarah akan diadakan malam ini dan dirancang berjalan selama tiga hari.

Sebelum ini media melaporkan Sarah yang dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun hasil perkongsian hidup 11 tahun bersama Shuib p0sitif C0vldl9.

‘Halalkan makan, minum isteri saya’

Pelawak Shuib terus positif isterinya, Siti Sarah, 37, yang kini kriitikal selepas dimasukkan ke Unit Rawa.tan Rapi (I.CU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat tahap oksi.gen menurun, hari ini.

Susulan itu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan selain pembed4han mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat melahirkan bayi lelaki yang dinamakan Ayash Affan.

Bercakap pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Siti Sarah secara maya anjuran Indigital Music, Shuib melahirkan keyakinan isterinya akan pulang ke rumah mereka selepas ini.

“Syukur ya Allah kerana hantar orang yang baik kepada saya sekarang. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa.

“Insya-Allah saya cukup yakin isteri saya kuat. Saya cukup yakin dia akan balik ke rumah. Anak-anak semua mendoakan dia.

“Insya-Allah semoga dengan bacaan Yasin malam ini harap-harap Allah angkat doa kita semua dah insyaAllah Sarah akan sihat,” katanya.

Menurut Shuib, selepas bacaan Yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Salahuddin Harun itu, dia semakin terbuka dan okay.

“10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya. Kejayaan saya juga kerana doa dia. Saya mohon maafkan segala salah dan silapnya. Halalkan makan minumnya.

“Insya-Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia ini akan memudahkan perjalanannya. Saya sangat berlapang dada untuk malam ini untuk segala doa,” katanya.

Shuib berkata, dia juga reda dengan ujian Allah SWT.

“Saya yakin setiap ujian yang saya lalui ada kebaikan di depannya. Saya dah lalui pelbagai ujian dengan dia.

“Tapi malam ini bila semua orang ada, ia buka mata dan hati saya untuk lebih reda untuk terima apa saja akan jadi. Saya cukup yakin. Walau pun tidak baik, itu adalah yang paling baik Allah nak bagi untuk saya dan keluarga saya,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib berkata apa pun yang terjadi, dia yakin Allah mahu memberikannya perkara yang lebih baik.

“Allah nak ajar saya. Saya mohon kalau boleh setiapkali solat doakan Sarah sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu majlis bacaan Yassin malam ini turut disertai oleh Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah serta rakan-rakan artis antaranya Lah Ahmad, Bob Yusof dan Liza Hanim.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : trendingsangat

Be the first to comment on "“Saya yakin dia akan balik..”- Shuib Yakin Sarah Akan Pulang Ke Rumah Mereka Selepas Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*