“Jangan Buat Hal! Ada Cable Besar Ke?” -Fauziah Nawi Beng4ng, Ded4h Rahsia Produksi Boleh Ambil Pelakon

Tindakan seorang penerbit dan pengurus produksi (PM) mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran mengundang kem4rahan aktres Fauziah Nawi.

Fauziah, 68, mengakui bimbang kelonggaran yang diberikan ditarik balik jika pihak Kementerian k3sihatan Malaysia, Majlis k3selamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengetahui perkara itu.

Foto: IG

“Macam mana ada penerbit dan PM boleh ambil pelakon atau karyawan yang tak vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian, kebenaran akan ditarik balik.

“Menyusahkan. Kalau pihak #KKM #MKN #Finas dapat tahu macam mana? Atau kalian ada cable besar ke? Ini bukan cemburu tapi diam-diamlah,” kata Fauziah.

Terdahulu, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai ibu Fauziah menerusi Instagram meluahkan rasa k3sal terhadap penerbit yang mengambil k3sempatan terhadap kebenaran yang diberikan.

Pada Selasa, kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif, berkuatkuasa 9 September.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran berkenaan adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Cov1d-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu semua penggiat seni yang ingin memulakan kerja sepatutnya mematuhi SOP yang ketat seperti yang ditetapkan kerajaan.

Biarpun vaksinasi itu merupakan pilihan individu namun Fauziah berharap semua pihak tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

“Ramai dah dapat tawaran untuk mula kerja dengan SOP yang sangat ketat. Semua kena ikut SOP… kena vaksin, swab test sebelum dan selepas shooting.

“Ramai yang belum dapat kerja dan tengah seks4 hidup ini. Tolong la… sesiapa yang tak nak vaksin itu, terpulang la. Itu pilihan anda dan hak individu.

“Hak asasi manusia tapi janganlah s0mbong, tak ada siapa cemburu anda shooting. Memang rezeki Allah tapi boleh tak, jangan cakap.

“Diam-diam sudahlah. Kenapa buat macam ini, seIfish dan sombong,” katanya menerusi video di laman Instagram.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan Fauziah menerusi perkongsian berkenaan. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Be the first to comment on "“Jangan Buat Hal! Ada Cable Besar Ke?” -Fauziah Nawi Beng4ng, Ded4h Rahsia Produksi Boleh Ambil Pelakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*