“RM10k Sebulan Please” -Anak Vida Minta Duit Bakal Bapa Tiri, Baru Setuju Ibu Kahwin

Anak lelaki kepada taikun kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Kacak tampil memberikan reaksi berhubung khabar angin mengenai ibunya yang mahu berkahwin dengan seorang jejaka muda.

Berbeza dengan kakaknya Cik B, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan menyatakan dia bersetuju jika ibunya mahu menamatkan zaman janda tidak lama lagi.

Bagaimanapun, remaja berusia 14 tahun itu berpendapat tidak mudah untuk bersetuju dengan gerangan individu yang bakal menjadi bapa tirinya.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Kacak juga sempat berseloroh bahawa dia memerlukan sejumlah wang daripada bakal bapa tiri sekiranya mana-mana individu mahu berkahwin dengan ibunya.

First of all, saya nak cakap yang kalau mama nak kahwin i’m just gonna agree with it. But not gonna agree macam tu je la kan. No, you have to give me some.. you know.. (aksi terima duit)

“If he wants my mom, then give me some (duit). Yes money, yes talk. No money, no talk. It’s like it.  Give me some.

“I will agree with everything, don’t worry. I’m not being a gold digger (pisau cukur) ke apa, you know how money works,” guraunya.

Video berdurasi hampir seminit itu menerima 24,000 tontonan dan dihujani pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan reaksi serta gelagat Kacak terhadap bakal bapa baru.

Terdahulu, Vida tau nama sebenarnya Hasmiza Othman berhasrat mahu bernikah dengan jejaka tersebut dan merancang bagi mengadakan majlis gilang-gemilang pada Disember akan datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment on "“RM10k Sebulan Please” -Anak Vida Minta Duit Bakal Bapa Tiri, Baru Setuju Ibu Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*