Rosyam Nor Diheny4k Netizen Gara-Gara Minta Shuib Tamatkan Status Duda Anak Empat

Pelakon dan Usahawan, Datuk Rosyam Nor menerima kec4man hebat netizen selepas muncul bersama-sama pelawak terkenal, Shuib ketika majlis anugerah yang disiarkan di stesen televisyen berbayar baru-baru ini.

Ia susulan kenyatan yang dikeluarkan oleh pelakon Laila Isabella itu yang dianggap sebagai ‘bi4dap’ dan tidak sensitif terhadap status terkini Shuib apabila bertanya dan memaksa pelawak itu untuk menamatkan status duda anak empatnya.

“Rosyam Nor tanya Shuib dalam stesen televisyen nasional ‘kau duda terhangat sekarang. Dah lapan bulan ni kan, ada pengganti?’

“Shuib nampak sangat tak selesa (dengan soalan yang ditanyakan) tetapi berjaya menangani situasi berkenaan secara profesional, namun Rosyam terus memaksa untuk jawapan,” tulis seorang pengguna Twitter.

Bagaimanapun, melihat keadaan Shuib yang pada ketika itu dilihat sedikit terganggu secara spontan berkata “Kau apa hal? Lu ingat lu g4ngster ke?”

Video:

@izzfizz93 Be strong Shuib, selalu dtg AME dengan arwah, kini berseorangan. Boleh dengan dan nampak raut wajahnya yang sembunyikan kesedihan. Salam takziah buat Siti Sarah Raisuddin. #sitisarahraisuddin #ame2021 #shuib #fyp #rosyamnor #viral ♬ original sound – Izz Fizz

Sementara itu, Datuk Rosyam Nor bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai isu terbabit.

“Maaf, saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang apa yang telah berlaku. Saya malas nak layan apa yang diperkatakan atau digembar-gemburkan netizen,” katanya.

Komen Netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.audio/

Be the first to comment on "Rosyam Nor Diheny4k Netizen Gara-Gara Minta Shuib Tamatkan Status Duda Anak Empat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*