Tak T4han ‘Dipij4k-Pij4k’ Peny0ndol Suami, Akhirnya Puteri Sarah S4man Ira Kazar!

Akhirnya, Puteri Sarah ambil tindakan saman terhadap Ira Kazar, wanita yang didakwa kacau suami dan rumah tangganya!

Kata Sarah, saman adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut selepas empat tahun pendam perasaan.

Foto: IG

“Empat tahun saya berdiam kerana mahu beri peluang. Kalau boleh nak selesaikan masalah ini tanpa melibatkan mahkamah dan tak perlu satu Malaysia tahu. Apabila sudah sampai tahap begini saya rasa ia biadab.

“Memang selama ini ada niat hendak ambil tindakan, tetapi masa itu saya asyik terfikir apa akan terjadi kepada saya, perkahwinan dan keluarga.

“Selepas pulang dari umrah saya sangat yakin dengan keputusan ini. Saya juga ada buat solat istikharah dan nampak jalan apa yang harus dilakukan,” katanya kepada mStar Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Foto: mStar

Sarah hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam pada pagi Khamis untuk membuat aduan.

Ira Kazar didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Syamsul dan menghantar pelbagai ugutan melalui pesanan di media sosial.

Sarah melalui peguamnya menfailkan saman terhadap Ira di mahkamah sivil pda 26 Jun lalu dan wanita tersebut sudah menerima surat arahan supaya menghentikan sebarang bentuk gangguan dua hari kemudian.

Kes ini akan mula dibicarakan di mahkamah pada 4 Julai depan.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila saya mahu dipijak-pijak.

“Jadi kepada sesiapa yang nak sondol (rampas) selepas ini perlu lebih berhati-hati. Saya mahu pertahankan perkahwinan dan perjuangkan hak sendiri.

“Kalau dah ambil orang punya duduk diam-diam, jangan ambil dan canang sana-sini serta kacau keluarga orang lain.”

Dalam permohonan yang dibuat, Sarah mahu Ira tampil memohon maaf dan berhenti daripada melakukan sebarang tindakan gangguan terhadapnya.

Sementara itu Sarah tak mahu komen hubungan dengan Syamsul namun lelaki itu ada datang menjenguk anaknya ketika masuk hospital baru-baru ini.

Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:Cari

Be the first to comment on "Tak T4han ‘Dipij4k-Pij4k’ Peny0ndol Suami, Akhirnya Puteri Sarah S4man Ira Kazar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*