Lelaki Seb4k Akhirnya Tiba Di Mekah Selepas 11 Bulan Berjalan Kaki, Disambut Meriah Penduduk Tempatan

Seorang lelaki yang berasal dari Wolverhampton, Britain yang berumur 52 tahun akhirnya selamat tiba di Makkah, Arab Saudi bagi mengerjakan ibadah haji, selepas 10 bulan 26 hari berjalan kaki merentasi 9 buah negara.

Disambut meriah

Adam Muhammad menerusi akaun TikTok miliknya memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya menangis kegembiraan selepas akhirnya menjejak kaki di bumi Makkah sambil menolak troli yang dibawanya dari United Kingdom (UK).

Memetik laporan Gulf Today, Adam berjalan merentasi 9 negara iaitu Netherlands, Jerman, Czech Republic, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum tiba di Makkah bagi mengerjakan ibadah haji untuk tahun 2022.

Dalam satu video yang dikongsikan, penduduk tempatan dilihat meriah menantikan dan menyambut kehadiran Adam di Masjid e Aisha, tempat mereka berkumpul.

Setibanya di Makkah, Adam telah mengucapkan rasa syukur kepada rakyat Arab Saudi yang telah bermurah hati dan membantunya di sana.

Haji adalah impian tertinggi dan paling saya sayangi.

Berjalan t0lak tr0li

Foto: Gulf Today

Difahamkan, Adam berjalan sepanjang 6,500 km dari UK ke Makkah sambil menolak troli yang mengandungi barang keperluan dirinya, dan juga menjadi tempat untuknya berteduh.

Adam berkata, dia sebelum ini pernah memberitahu media yang keputusannya untuk berjalan ke Makkah dibuat dalam keadaan tiba-tiba dan dia sendiri tidak sangka berjaya melakukannya.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di fb

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment on "Lelaki Seb4k Akhirnya Tiba Di Mekah Selepas 11 Bulan Berjalan Kaki, Disambut Meriah Penduduk Tempatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*