“Kahwinlah Pada Hari Ke-101 Ed4h Saya Habis” – Ellie Suriaty

Ellie Suriaty Omar mengakui mengambil masa lama untuk membuat keputusan bercerai dengan Azri Iskandar.

“Sudah ambil masa bertahun tahun tentang keputusan ini. Lebih empat hingga lima tahun lalu saya dah proses tentang ini (keputusan bercerai). Bukan sebulan dua. Tak boleh ambil keputusan dalam keadaan marah, emosional dan tidak adil,” katanya dalam temu bual bersama Gempak.

Kredit foto: IG/YouTube

Ellie bagaimanapun akui dirinya seorang pemberontak.

“Azri terkejut dengan keputusan saya. Saya tanya berapa lama kita nak macam ni? Dia tak beri jawapan. Saya minta timeline adakah setahun 5 tahun, 10 tahun? Juga tak ada jawapan. Jadi saya tak boleh paksa dan tak boleh hidup begini,” katanya.

Ellie juga tidak menolak kemungkinan bahawa wanita yang mahu dikahwini Azri pernah wujud dalam perkahwinan mereka sebelum ini.

“Tapi mungkin hubungan terputus dan kini setelah saya bercerai, mereka bersama kembali. Cara melihat foto yang saya tengok misalnya selesa dipeluk, ia tak macam baru dua hari kenal. Mungkin sudah lama ada hubungan.

“Kalau tanya saya, saya berpendapat pergi merisik senyap-senyap, kahwin. Edah saya 100 hari. Kahwinlah pada hari ke-101 edah saya habis. Ini masa untuk anak-anak juga tinggal sendirian dengan saya dan dengan Azri,” ujarnya menjelaskan dirinya tidak cemburu atau sakit hati dengan keputusan Azri ingin berkahwin semula.

Kredit foto: Kosmo/IG/YouTube

Sementara itu, Ellie juga mengakui mungkin ada lelaki takut mendekati dirinya kerana dia kononnya seorang yang high maintanance.

“Lelaki tak perlu takut kerana saya tak faham kalau ada lelaki rasa takut atau tercabar nak dekati Ellie Suriaty,” tambahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di fb

Sumber:Cari

Be the first to comment on "“Kahwinlah Pada Hari Ke-101 Ed4h Saya Habis” – Ellie Suriaty"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*