Wah Uniknya Nama! Raja Ilya Selamat Bers4lin B4yi Perempvan

BAGAIKAN merasai satu keajaib4n… Itu yang digambarkan oleh pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Australia pada Jumaat.

Ilya atau Raja Ramilah Begum Raha Mohammad, 37, turut mendedahkan bayi perempuannya itu diberi nama Talita Love.

Ilya dan suami teruja sambut kelahiran anak mereka.

“Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, det1k m4gis melahirkan Talita Love,” katanya.

Ilya turut memberitahu dia bagaikan tidak percaya dirinya kini sudah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Pelakon itu yang menetap di Perth, Australia bersama suami, Trent Garret yang dikahwininya pada 2018 turut memberitahu tidak sabar untuk membawa pulang bayi mereka ke Malaysia tahun hadapan.

“Saya men4ngis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love

RAJA ILYA

PELAKON

“Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan,” ujarnya yang turut membuka akaun Instagram untuk anaknya itu.

Dalam temu bual sebelum ini, Ilya memberitahu dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian mendapat tahu dirinya hamil.

Rata-rata netizen turut meninggalkan ucapan tahniah buat Raja Ilya atas kelahiran Talita Love yang begitu comel.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di fb

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Wah Uniknya Nama! Raja Ilya Selamat Bers4lin B4yi Perempvan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*