Kutip RM39 Juta; Mat Kilau Filem Terlaris Malaysia, Rasmi Pec4h Rekod Munafik 2

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta sejarah apabila berjaya memec4hkan rekod dipegang Mun4fik 2 sebagai filem meraih kutipan tertinggi dengan rekod terkini mencecah RM39 juta sejak ia mula ditayangkan pada 23 Jun lalu.

Golden Screen Cinemas (GSC), mengumumkan Mat Kilau sebagai filem tempatan paling laku setakat ini mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Mun4fik 2.

“Terima kasih Malaysia, filem #MatKilau kini adalah filem tempatan terbesar, memecah rekod #Mun4fik2 dengan kutipan melebihi RM39 juta!

“Terima kasih semua atas sokongan anda! Siapa yang tidak tengok lagi, jom serbu wayang sekarang,” tulis GSC menerusi ciapan di Twitter.

Untuk rekod, filem seram Munafik 2 mencatatkan jumlah kutipan RM37.7 juta pada tahun 2018.

Menariknya, kedua-dua filem box-office ini diarahkan oleh sutradara yang sama iaitu Syamsul Yusof.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sementara itu, Syamsul menerusi laman Instagramnya menitipkan rasa terharu dan syukur di atas kejayaan filem tersebut serta sokongan yang diberikan rakyat Malaysia terhadap filem terbitan Studio Kembara itu.

“Tiada kata, Alhamdulillah. Semalam (Sabtu) timbul fenomena luar biasa dalam industri filem Malaysia.

“Kutipan pada hari Sabtu sahaja berjumlah RM7.3 juta. MasyaAllah, kuasa Allah. Terima kasih Malaysia, Singapura dan Brunei. Terima kasih kerana masih percaya kepada sentuhan saya dan team,” tulis Syamsul.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengangkat kisah epik sejarah pahlawan Mat Kilau dan rakan-rakannya dalam perjuangan menentang penjajahan British di Pahang.

Filem berskala besar itu dibintangi ramai pelakon berbakat besar seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan Asa’ri, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

Untuk rekod, ini carta filem paling laris di negara ini berdasarkan kutipan;

TOP 5 FILEM ‘BOX OFFICE’ MALAYSIA

1. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022): RM39 juta

2. Munafik 2 (2018): RM37.74 juta (termasuk Indonesia, Brunei, Singapura)

3. Hantu Kak Limah (2018): RM36.23 juta

4. Ejen Ali (2019): The Movie RM30.05 juta

5. BoBoiBoy Movie (2019): RM29.57 juta

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mediahiburan

Be the first to comment on "Kutip RM39 Juta; Mat Kilau Filem Terlaris Malaysia, Rasmi Pec4h Rekod Munafik 2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*