“Musn4hlah Karier Ku…”- Jadi Pelupa, Nabila Huda Cari Penawar

Pelakon Nabila Huda mended4hkan dia kini sedang menghadapi mas4lah mudah lupa untuk setiap perkara yang dilakukan.

Makin membimbangkan Nabila, 37, peny4kit lupanya itu dikatakan semakin merosot.

“Rasa-rasanya otak saya sudah rosak, sekarang sukar nak ingat dan cepat lupa.

“Tidak ingat di mana letak barang, nak cakap sesuatu pun lupa. Semakin teruk,” katanya.

Anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search berkongsi kembimbangannya itu di dalam satu ciapan Twitter.

Dalam pada itu, Nabila turut meminta pendapat apa yang perlu dilakukan untuk mengubati peny4kit pelupa.

Nabila bimbang jika tak diubati ia bakal memberi kesan kepada kariernya sebagai pelakon.

“Nak makan kismis sudah terlambat. Anda tahu mana-mana makanan tambahan yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?

“Kedengaran kelakar tetapi ini serius. Saya takut kalau cepat lupa, sudah tidak boleh ingat skrip atau dialog. Musn4hlah karier saya,” ujarnya.

Nabila turut berkongsi perkara itu di Instagram (IG)Story miliknya.

Dalam kemas kini terbaharu, Nabila telah berterima kasih kepada semua yang telah memberi tip dan petua bagi membantu masalah itu.

Antara tip yang diterima adalah seperti kurma, buah zaitun, buah fig dan segelas air zam zam selepas bangun tidur.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Musn4hlah Karier Ku…”- Jadi Pelupa, Nabila Huda Cari Penawar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*