Anak tiba-tiba jul1ng, ada masa bola mata hitam ‘hilang’! Ibu menyes4l beri si kecil main phone demi mudahkan kerja

PENGGGUNAAN gajet di usia kanak-kanak ternyata memberi pelbagai kesan sampingan termasuk mengakib4tkan masalah jul1ng kron1k.

Berdepan dengan situasi tersebut, Nurul Afeizah berkata, dia sama sekali tidak menyangka anak sulungnya yang baru berumur lima tahun akan mengalami masalah akib4t penggunaan telefon bimbit.

Menurutnya, Luth Harraz Mohamad Fazrin sudah dided4hkan dengan gajet seawal usianya dua tahun.

“Luth normal seperti kanak-kanak lain sejak lahir. Tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kebanyakan masa berada di rumah… jadi dia hanya bermain telefon dan menonton televisyen sahaja,” ujar anak kelahiran Ipoh, Perak itu.

Luth Harraz sebelum pembedahan mata pada 4 Julai lalu.

Luth Harraz sebelum pembed4han mata pada 4 Julai lalu.

Mengakui kesilapannya kerana memberikan telefon terlalu awal pada anak, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bertindak sedemikian bagi membolehkan anaknya duduk diam dan tidak mengganggu dirinya serta suami yang sibuk bekerja.

Tambahan pula katanya, semasa PKP, suaminya antara individu yang hilang pendapatan kerana tidak dapat bekerja.

“Saya dan suami terlampau sibuk nak cari duit masa tu, jadi terabaikan anak… dan begitulah kesannya kepada Luth,” luahnya sedih.

Bercerita tentang keadaan anaknya itu, dia pada awalnya menyangka Luth hanya bergurau dengan membuat mata jul1ng.

“Bermula tahun lepas lagi, tapi saya tak perasan yang matanya jul1ng kerana menyangkakan Luth hanya bermain. Pada masa itu, memang selalu marah dia sebab buat mata jul1ng.

Mata Luth Harraz normal sejak dilahirkan.

Mata Luth Harraz normal sejak dilahirkan.

“Disebabkan selalu dim4rah, dia jadi stres dan nyatakan ia bukan sengaja dilakukan sebaliknya memang mata seperti itu.

“Semasa balik ke rumah nenek dia pun, ramai yang tegur tentang matanya sebab nampak jul1ng. Sebagai ibu, saya rasa tak selesa apabila ramai yang tegur mata anak seperti itu.

“Mula tahun ini, apabila dia kembali bersekolah… mungkin banyak fokus guna mata kerana banyak menulis dan sebagainya, jul1ngnya menjadi semakin tervk sehinggakan mata hitam boleh hilang di sebalik pangkal hidung,” luahnya yang kemudian meneruskan raw4tan mata untuk Luth.

Menurutnya yang juga penghid4p k4nser, dia tidak mahu anaknya berdepan dengan masalah kesihatan atau perkara memudaratkan apabila sudah dewasa.

Bayangkan apabila dia masuk sekolah, mesti rakan-rakan akan meng3jek mata jul1ng kepadanya.

Biar anak nak nak4l atau menyepahkan rumah, yang penting tidak memudaratkan. Sebelum ini saya bimbang rumah bersepah dan perkara burvk kepadanya jadi memilih untuk memberi gadjet kepada anak.

NURUL AFEIZAH

“Doktor pun ada menyatakan bahawa jika tidak dir4wat dari awal, matanya akan kekal jul1ng.

“Jadi, raw4tan bermula awal Januari lalu. Disebabkan Ipoh tidak mempunyai pak4r mata bagi kes jul1ng, kes berkaitan Luth dirujvk pada Kuala Lumpur sehingga mendapat pengesahan untuk melakukan pembed4han.

“Walaupun dimaklumkan bahawa ia tidak akan pulih 100 peratus seperti asal, namun saya bersyukur yang mata Luth masih boleh dir4wat. Tapi Luth perlu sentiasa memakai cermin mata untuk menonton televisyen mahupun belajar untuk tempoh tiga tahun,” jelasnya yang mempunyai tiga orang anak.

Enggan nasib sama menimpa kanak-kanak lain, Afeizah meminta ibu bapa supaya tidak mempunyai sikap penting diri seperti yang pernah dilakukannya kepada Luth.

Malah katanya, sikap yang diamalkan itu tidak memberi kesenangan pada dirinya sebaliknya hanya memudaratkan anak-anak.

Pemakaian cermin mata penting untuk menonton televisyen mahupun belajar selama tiga tahun.

Pemakaian cermin mata penting untuk menonton televisyen mahupun belajar selama tiga tahun.

“Bila saya kongsikan kisah berkenaan Luth di media sosial, rupanya ramai ibu bapa yang menyatakan perkara sama berlaku terhadap anak mereka… jadi saya rasa, ibu bapa tidak sepatutnya penting diri kerana anak akan menjadi m4ngsa.

“Saya harap ibu bapa yang lain boleh ambil pengajaran dengan apa yang berlaku pada saya dan anak.

“Biar anak nak nak4l atau menyepahkan rumah, yang penting tidak memudaratkan. Sebelum ini saya bimbang rumah bersepah dan perkara burvk kepadanya jadi memilih untuk memberi gajet kepada anak… iyalah, apabila dia main telefon, saya tidak perlu menjer1t marah dia serta tidak penat,” katanya lagi.

Afeizah juga berharap anak-anak diberikan gajet pada usia yang sesuai bagi mengelakkan mereka ketinggalan zaman berikutan era sekarang menggunakan teknologi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal

Be the first to comment on "Anak tiba-tiba jul1ng, ada masa bola mata hitam ‘hilang’! Ibu menyes4l beri si kecil main phone demi mudahkan kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*