[VIDEO] Uqasha Terkejut, Kamal Beri Hadiah Selipar & Beg Tangan Jenama Mewah! Netizen Teka Harga Cecah RM11,000

Aktres jelita Uqasha Senrose meluahkan penghargaan buat suaminya, aktor Kamal Adli di atas pemberian dua buah hadiah berupa beg tangan dan selipar daripada jenama mewah Gucci bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 6 Julai lalu.

Difahamkan harga bagi kedua-dua hadiah berjenama mewah tersebut mencecah jumlah RM11,000.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia tidak menyangka Kamal sanggup membelanjakan wang dan mengadakan sambutan majlis keraian sebagai hadiah hari jadinya.

“Mengenali suami saya, dia bukan begitu. Maksud saya jenis yang deko, nak kumpulkan family, buat makan-makan.

Paling mengejutkan, dia tempah kek khas. “Terima kasih suamiku sayang sampai dua hadiah dengan big deco haih,” tulis Qasha di satu hantaran video di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

 Bukan sahaja itu, Uqasha turut membuat sesi ‘unboxing’ hadiah-hadiah tersebut untuk tatapan umum.

Di dalam bungkusan yang diikat rapi tersebut adalah sepasang selipar tebal Gucci berwarna merah jambu dan sebuah beg tangan hijau dengan lukisan kucing.

“Bukan nak menunjuk tapi Qasha sangat menghargai pemberian suami Qasha. Tak kisah berapa harga sekali pun, Qasha tetap akan post kerana usaha dan tenaganya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Kamal Adli, ini bukan awak. Awak tak akan spend. Awak selalu suruh saya berjimat. Tapi awak beli jugak untuk saya, isteri tersayang.

“Qasha tak kisah pasal jenama, asalkan ia daripada suami saya,” ujar pelakon drama bersiri popular Setelah Terlafaznya Akad ini.

 Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya teruja dengan hadiah yang diberikan oleh Kamal sebagai lambang cinta buat isterinya.

Komen Netizen:

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, pasangan Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis akad nikah tertutup di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] Uqasha Terkejut, Kamal Beri Hadiah Selipar & Beg Tangan Jenama Mewah! Netizen Teka Harga Cecah RM11,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*