Ambil Upah Cuci Pakaian, Ini Kisah Sebenar Annie Jasmin. Habiskn Sisa Hidup di Sebuah Flat Sbelum MeninggI

” Huh manis lagi abang ku ini.. Hai abang Brahim cintakah kau padaku…”

Pastinya ramai di kalangan kita yang masih ingat dialog Annie Jasmin dan geli hati melihat gelagat beliau di dalam filem Pendekar Bujang Lapok itu.

Nama Annie Jasmin sering diingati kerana beliau menjadi pelakon pembantu dalam filem yang paling digemari ramai arahan seniman Allahyrham Tan Sri P. Ramlee.

Siapa yang tidak ingat babak tiga lelaki bujang lapok yang tidak tahu membaca meminta tolong orang gaji Pendekar Mustar untuk membacakan surat dan mempunyai kekasih, Abang Brahim yang boleh bergerak di dalam bingkai gambar di dalam Pendekar Bujang Lapok.

Aini binti Jasmin dilahirkan di Jakarta, Indonesia pada tahun 1927.

Sejak umur belasan tahun lagi beliau terlib4t dengan pentas bangsawan di Indonesia sebagai penari, penyanyi dan pelakon.

Pada penghujung tahun 1947, Shaw Brothers telah membuka studio di Singapura dan peluang pekerjaan terbukalah kepada semua tenaga seni.

Maka ramailah yang cuba mengambil kesempatan ini, termasuk penggiat seni dari seberang. Annie Jasmin salah seorang daripada mereka.

Beliau memulakan karier lakonannya sebagai pelakon tambahan dan penari.

Nama Annie Jasmin memang tidak asing lagi kepada penggemar filem-filem Melayu. Sebut sahaja namanya, pasti terbayang akan susuk tubuhnya yang gempal dan comel itu.

Oleh kerana badannya begitu gempal dan wajahnya lucu, Annie Jasmin lebih sesuai diberi peranan sebagai orang gaji dan dayang istana.

Watak lawak bersahaja yang dibawa oleh Annie Jasmin akhirnya menjadikan beliau sebagai salah seorang pelakon lawak yang terkenal di hujung tahun 1950-an dan 1960-an.

Berlakon filem lebih banyak dari P. Ramlee

Annie Jasmin boleh dianggap salah sebuah pelakon paling produktif pada era itu.

Beliau merupakan seorang pelakon bebas yang tidak terikat dengan mana-mana studio. Maka peluangnya untuk berlakon semakin luas.

Banyak juga filem yang dibintangi Annie Jasmin, mengalahkan P.Ramlee yang cuma berlakon dalam 66 filem sedangkan Annie 82 kesemuannya mungkin melebihi daripada itu kerana ada filem tidak tercatat namanya di credit title.

Boleh dikatakan, kesemua pengarah yang pernah mengarah filem di Malay Film Productions dan Cathay Keris Film sering mengambilnya berlakon. Antaranya B.S. Rajhans, P.Ramlee, L.Krishnan, Lamberto V.Avellana, Ramon A.Estella, Jamil Sulong, M.Amin, Hussain Haniff dan Omar Rojik,

Annie juga pernah berlakon dalam filem keluaran Italy, “World By Night”, pada 1961. Peranannya sebagai ibu ay4m, prempuan yang makan hasil peIacvran.

Annie juga telah memperlihatkan lakonan yang cukup sempurna dalam “Sergeant Hassan” yang merupakan filem pertama dan terakhir di Malaysia (Singapura) yang diarahkan oleh pengarah Filipina tersohor, Lamberto V.Avellana.

Peranan Annie dalam dua filem arahan P.Ramlee, “Pendekar Bujang Lapok” dan “Antara Dua Darjat”, juga mencuit hati.

Selain itu, Annie pernah berlakon dengan seniman Indonesia, Raden Mchtar dan isterinya, Sukarsih, dalam “Terang Bulan Di Malaya” pada 1954, dan filem box office, “Pont1anak” yang dibintangi oleh Maria Menado, Mustapha Maarof dan Salmah Ahmad pada 1957.

Antara filem-filem lakonan Annie Jasmin termasuklah Badang (1962), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Bawang Puteh Bawang Merah (1959), Che Mamat Parang Tumpol (1960), Dang Anom (1962), GiIa TaIak (1963), Hantu Rimau dan Jalak Lenteng (1961).

Selain itu beliau turut berlakon dalam filem Masok Angin Keluar Asap (1963), Pak Pandir Modern (1960), Saudagar Minyak Urat (1959), Singapura Di Langgar Todak (1962), Siti Muslihat (1962) serta banyak lagi.

Namun pastinya filem lakonan beliau yang paling diingati sehingga kini adalah Penarek Becha (1955), Pendekar Bujang Lapok (1959), Seniman Bujang Lapok (1961) dan Sergeant Hassan (1958).

Menurut satu laporan akhbar, Annie Jasmin tidak tahu bahawa dirinya mempunyai bakat sebagai pelawak.

Beliau hanya mengikut apa sahaja yang diarahkan oleh pengarah filem yang dilakonkannya. Ada kalanya beliau mengolah sendiri cara lakonannya dan pengarah suka akan hal itu.

Kerja di kilang sabun, ambil upah cuci pakaian

Setelah perusahaan filem Melayu di Singapura terhenti pada tahun 1973, Annie Jasmin menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupannya.

Dengan usianya yang semakin lanjut, peluang pekerjaan untuk dirinya agak terhad. Pernah suatu ketika, beliau dikhabarkan bekerja di sebuah kilang membuat sabun.

Annie Jasmin tinggal di sebuah bilik yang terletak di Aljunied Crescent bersama seorang anaknya yang bernama Suriati Bakar. Kesihatan beliau semakin menurun apabila disahkan menghdap pnyakit kncing mnis.

Annie Jasmin menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dalam kesempitan. Beliau hanya bergantung kepada wang bantuan jabatan kebajikan masyarakat yang berjumlah $80 sebulan.

Dengan wang itulah beliau gunakan untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan sekolah anaknya.

Untuk menambahkan pendapatan, Annie Jasmin bersama anaknya mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang.

Pernah satu ketika beliau perlu ke hospital setiap hari untuk mendapatkan rwatan. Annie Jasmin terpaksa merayu kepada dktor yang merwatnya untuk mengurangkan bayaran yang dikenakan.

Annie Jasmin dilaporkan meninggI dunia pada 29 Jun 1988, kira-kira 7:40 pagi di Blok 109, Aljunied Crescent.

Menurut anaknya, beliau dibawa pulang sehari sebelumnya setelah sebulan dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercdera kerana terkena air panas. Beliau telah dikebvmikan di Pusara Aman, Singapura.

Al-Fatihah buat Almarhumah Annie Jasmin, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Aamiin..

 

Sumber: wikipedia

Sumber: thepatriot (kredit kepada penulis: Danial Aziz Ahmad)

Sumber: filemklasikmalaysia (kredit kepada penulis: Mustafa A.R)

Sumber:  https://thebolalive.com/

Be the first to comment on "Ambil Upah Cuci Pakaian, Ini Kisah Sebenar Annie Jasmin. Habiskn Sisa Hidup di Sebuah Flat Sbelum MeninggI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*