“Saya dah biasa….” Syamsul Yusof Buat Satu Peng4kuan ‘Gil4’.

Pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui dirinya sudah terbiasa apabila dilabelkan sebagai ‘gila’ di kalangan rakan produksi.

Menurut sutradara filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini, penolong pengarah yang bersama dengannya sejak dulu lagi turut mengatakan dirinya seorang yang gila. Mana tidaknya, pengarah berusia 38 tahun ini seringkali muncul dengan idea-idea yang tidak masuk 4kal.

Bagi anak kepada Datuk Yusof Haslam, tiada istilah ‘tak boleh’ dalam hidupnya kerana pada dirinya benda itu memang boleh dilakukan.

“Nak buat macam itu, macam ini. Kenapa tak boleh? Tak ada boleh, boleh buat. Memang saya macam tu,”ujarnya

Pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata, seseorang pengarah perlulah komited dengan apa yang mereka hendakkan. Akan tetapi, dirinya bukan seorang pengarah yang mahukan UFO dan ia wajib ada dan sebaliknya perlu mempunyai pelan seterusnya.

“Saya bekerja dengan apa yang ada dan semuanya perlu ada pelan B. Saya fikir juga mengenai bajet penerbit dan sebagainya.

“Menghasilkan filem bukan kerja main-main. Ini kerana apa yang kita hasilkan di lokasi mungkin akan menjadi sejarah,”terang Syamsul.

Menurut Syamsul, dia tidak mahu menyesal apabila ia sesuatu karya itu ditayangkan dan disebabkan itulah dia mahu menggunakan waktu yang sedia ada dengan sebaik mungkin walaupun tak sempurna.

Pada masa yang sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini mengatakan dirinya bukanlah seorang pengarah yang hanya tahu duduk di kerusi ‘pengarah’ sahaja, sebaliknya dia juga seorang yang bertanggungjawab menjaga skrip, ‘sound’, efek sehinggalah suntingan.

Malah, ia pernah menimbulkan perg4duhan bersama pihak produksi apabila Syamsul menegur cara yang dilakukan itu adalah tidak betul. Namun, teguran itu tidaklah bermaksud hanya dirinya sahaja betul.

Disoal lanjut, Syamsul tidak menafikan dirinya memang ‘ment4l’ dan ‘s4kit jiw4’ ketika menyiapkan filem kerana ia membabitkan dirinya dengan semua peringkat.

“Saya tak boleh kalau ia disunting orang lain dan muziknya dibuat orang lain. Nama pun pengarah dan memang anda kena kawal semuanya. Malah, untuk filem Mat Kilau saya juga terb4bit dalam pemasaran.

“Ketika penggambaran, saya juga mengendalikan kamera walaupun saya memiliki dua orang pengarah fotografi. Namun, mereka sudah faham dan biasa dengan cara kerja saya.

“Saya pernah ‘buang’ seorang pengarah fotografi kerana dia tak benarkan saya mengendalikan kamera. Itu memang cara saya terutama untuk b4bak aksi atau letupan.”ujarnya lagi ketika ditemu bual oleh Harian Metro.

Untuk makluman, filem Mat Kilau berjaya mengutip sebanyak RM61 juta selepas 17 hari ditayangkan di seluruh panggung wayang di Malaysia, Brunei dan Singapura.

 

Sumber: Harian Metro (Riadz Radzi & Norhayati Nordin)/ Gambar Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber: https://liveconnection24.com/

Be the first to comment on "“Saya dah biasa….” Syamsul Yusof Buat Satu Peng4kuan ‘Gil4’."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*