“Sebab Dia Derh4ka, Itu Sebab Pakai Inai Tak Jadi..”- Neelofa

Pasti ramai tahu selebriti popular, Noor Nelofa muncul dengan produk keluaran terbaru iaitu Inai NunHa yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila rata-ratanya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan-akan lebam seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain.

Tampil bersuara mengenai isu tersebut, Neelofa menegaskan inainya tidak menggunakan pewarna makanan t1ruan sebaliknya menggunakan bahan semula jadi.

Sementara itu, tular video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dimana Neelofa mengatakan perkara itu tidak akan terjadi jika mereka tidak ‘derh4ka’ serta mengikut arahan untuk menggunakan produk berkenaan.

“Ada hamba Allah ini, dahlah tak ikut instructions (arahan), pantang larang, derh4ka ukuran air, derh4ka semua. Tapi, tak jadi sebab. Tak keluar warna inai dia. Itu sebab dia derh4ka,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pengguna yang memuat naik video memburvkkan Inai Nunja seolah mahu menutup periuk nasi orang lain.

Video:

@ainholib Korang kena cuba dlu baru blh kondem bukan2. Tak cuba tak tahu.. kalau dah tahu cnfrm jatuh hati 😍 #innainunha#innaineelofa#fyp ♬ original sound – Ain Holib

“Lepas tu upload video di TikTok. Sebab dia, video-video itu membuatkan orang tak percaya atau menutup periuk nasi orang lain. Sebenarnya, ia sangatlah tidak baik.

“Kita sebenarnya ini, semuanya sama mencari rezeki. Tapi disebabkan dia berniat tidak baik untuk war-warkan inai ini tak jadi pun. Padahal dia tak tahu cara pakai yang betul,” katanya.

Terdahulu, Neelofa memaklumkan pihaknya sedang menunggu sijil HALAL dan SIRIM bagi meyakini orang ramai.

Komen Netizen:

Malah, Neelofa berkata pihaknya akan mengadakan satu majlis dalam masa terdekat serta menjemput pakar di dalam bidang tersebut untuk memberi penjelasan lanjut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Be the first to comment on "“Sebab Dia Derh4ka, Itu Sebab Pakai Inai Tak Jadi..”- Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*