‘Mak Wan Latah bukan baik tapi tak jah4t…’ Kini dibenci keluarga akibat termakan fltnah

BERITA pencer4ian dan konflik membabitkan pembantu peribadi (PA) yang berlaku baru-baru ini menyebabkan pelakon Mak Wan Latah dipinggirkan oleh keluarga.

Menurut Mak Wan atau nama sebenar Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, dia tidak menyangka ada ahli keluarganya termakan hasutan dan fitn4h yang tersebar di media sosial itu.

“Mak Wan dibenci dan tidak disukai oleh keluarga sekarang ini sebab jhat. Mak Wan ni jhat… adik yang jhat dan kakak yang jhat.

makwan 1

Bekas PA, Amell (kiri) kongsi video mengenai Mak Wan di TikTok.

“Tapi untuk pengetahuan anda, Mak Wan ni bukannya seorang yang baik, tapi Mak Wan tak jhat. Jangan suka menghakimi seseorang serta menilai tanpa mengetahui apa yang dia sedang lalui saat ini.

“Kalau tiada keluarga siapa lagi yang nak bantu? Mak Wan pun tak jadi macam ini tetapi bila jadi macam ini semua percaya sebab termakan fitn4h, nanti bersusun semua cari Mak Wan di akhirat,” katanya kepada mStar.

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media teater Mak Cik Dara & Bawang yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinannya dengan bekas suami, Husain Dollah hanya bertahan selama tiga bulan dan bercerai pada April lalu.

Pada penghujung Jun lalu, bekas PA dikenali Amell memuat naik beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikTok miliknya yang mend4kwa aktres itu seorang yang panas baran selain melakukan perkara-perkara sylrlk.

makwan 3

Mak Wan membintangi teater Mak Cik Dara & Bawang.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut membuat laporan polis berhubung kehilangan duit dan barang kemas miliknya yang did4kwa diambil Mak Wan.

Pelakon drama 7 hari Mencintaiku 3 ini bagaimanapun menafikan mengenai d4kwaan tersebut dan memberitahu menyerahkan kepada polis berhubung perkara itu.

“Mengenai isu duit Mak Wan tak mahu ulas kerana masih dalam siasatan polis kerana takut tersalah cakap,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "‘Mak Wan Latah bukan baik tapi tak jah4t…’ Kini dibenci keluarga akibat termakan fltnah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*