Neelofa Umum Jual Inai Di Shopee, Stokis Dan Agen Kec3wa Kena ‘Tik4m Belakang’

Kalau sebut tentang produk inai, pastinya ramai yang akan teringat tentang inai yang dikeluarkan oleh selebriti terkenal, Neelofa. Mana tidaknya, pelbagai kontr0versi yang berlaku sebaik sahaja produk tersebut dilancarkan di mana ada pelbagai reaksi diberikan oleh pelanggan yang telah membelinya.

Baru-baru ini pula, nama Neelofa sekali lagi menjadi sebutan apabila satu IG Story yang dimuatnaik di Instagram miliknya menjadi bualan ramai. Menerusi gambar yang dimuat naik itu, Neelofa merakamkan gambar produk inai tersebut dan memberitahu ianya boleh dibeli di platform Shopee.

Pengumumannya itu kemudian menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya para agen dan stokis yang menjual produk tersebut. Menurut mereka, tindakan Neelofa itu seakan-akan cuba ‘tik4m belakang’ para agen dan stokis serta boleh membuatkan jualan mereka terjejas pada akhirnya.

Bahkan para agen dan stokis juga menganggap ianya akan menganggu jualan mereka untuk menghabiskan stok yang sedia ada pada mereka. Keputusan Neelofa membuka jualan di platform Shopee juga dikatakan akan menyukarkan mereka apabila HQ sendiri sudah mula menjual produk tersebut dan bersaing dengan para agen dan stokis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan reaksi negatif melihat perkongsian tersebut. Malah ada juga netizen yang berkongsikan kesukaran mereka untuk menjual produk tersebut dan berasa menyesal menjadi agen dan stokis.

“Kesian agen dia. Teraniaya modal beribu-ribu.”

inai

“Nasib tak terjebak jadi agen. Cukup lah jual produk susu pisang dulu…”

stokis

“Tamaknya, kesian agen-agen. Dah kes aniaya ni.”

inai nunha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  

Sumber :  http://www.slambermedia.bbn.my/

Be the first to comment on "Neelofa Umum Jual Inai Di Shopee, Stokis Dan Agen Kec3wa Kena ‘Tik4m Belakang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*