“Betul Ke Dia Panggil Mcm Tu..” – Panggilan ‘Sweet’ Ana Jobling Terhadap Meerqeen, Bikin Netizen Tak Senang Duduk

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Lovemeerna17. Beliau yang berkongsi mengenai pasangan yang sedang meningkat naik namanya dalam dunia hiburan semenjak kemunculan mereka menerusi ‘Melur Untuk Firdaus’ iaitu Meerqeen dan Ana Jobling.

Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor. Kerjayanya bermula apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2019/2020.

Menurut perkongsian video tersebut yang berjaya mendapat perhatian ramai menerusi halaman tiktok itu, mereka berdua yang dikatakan sedang bersiap sedia di belakang pentas untuk keluar ke atas pentas menerusi satu rancangan.

Namun tanpa sengaja Ana Jobling yang memanggil Meerqeen dengan panggilan ‘sweet’ iaitu ‘B’ telah mencuri tumpuan ramai aoabila ramai yang terkejut kerana dia memanggil Meerqeen sebegitu.

Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat.

“B! don’t keluar”, – Panggilan Ana terhadap Meerqeen

Para peminat yang memenuhi ruangan komen, rata-rata agak teruja dan tidak menyangka bahawa Ana akan tersasul semasa memanggil Meerqeen yang berlalu hendak keluar ke pentas itu.

Lihat klip video dibawah:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @cepatberita

Pelbagai komen diberikan seperti:

@latifahhomar:anna panggil meerqeen b.

@Yana Mohd:Babe dont keluar. Gitu.

@zatye:selalu meme yg tersasul benda² mcm ni, ni anna.

@Emma9689:malam ni rasa tak cukup nafas rasa nk tkluar jantung.

@alialiaalia73:she is nervous….tersasul “B” jgn keluar.

@micin:raut wajah nya langsung kaget sendiri setelah keceplosan

@Syuhada Kamal:Awwwwwww she calls him ‘b’.

@bakso:bcinta la bha jgn break sdhla..tp tiada juga yg kesah tu…sbb ada mslh lbih bsr duit dlm bank pndai hilang sndri sudah kmu nda tkut ka tu.

Perkongsian video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sehingga 259.1K dan mendapat sebanyak 98 komen serta mendapat 10.1K sukaan daripada rata-rata netizen.

Jangan lupa komen yang baik-baik sahaja

Sumber: Cepatberita dan Tiktok

Be the first to comment on "“Betul Ke Dia Panggil Mcm Tu..” – Panggilan ‘Sweet’ Ana Jobling Terhadap Meerqeen, Bikin Netizen Tak Senang Duduk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*