Rumah Berb4u Bvsuk Beberapa Hari, Sekeluarga Cari Puncanya Terkejvt Melihat Kep4la Terjulur Kelvar Dari Siling

Penhuni rumah satu keluarga berasa tidak selesa selama beberapa hari kerana terhidu bau busuk yang tidak diketahui puncanya. Bau busuk itu pula telah memenuhi ruangan rumah mereka terutamanya bilik air.Rumah Berbau Busuk Beberapa Hari, Sekeluarga Cari Puncanya Terkejut Melihat Kepala Terjulur Keluar Dari Siling

Selepas itu tiba-tiba ada air menitis dari siling rumah mereka berwarna merah kehitaman. Pada mulanya mereka ingatkan air itu sebab hujan ataupun air karat, tapi berasa sedikit pelik kerana baunya masam.

Mereka pun membersihkan bilik air rumah mereka namun bau busuk tersebut masih tidak hilang-hilang.Rumah Berbau Busuk Beberapa Hari, Sekeluarga Cari Puncanya Terkejut Melihat Kepala Terjulur Keluar Dari Siling

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk memecahkan siling di bilik air kerana merasa ada sesuatu yang tidak kena. Sambung kisahnya, lelaki ini menceritakan bapanya yang mengambil tugas untuk pecahkan siling tersebut.

Namun apabila sudah pecahkan sedikit, mereka terkejut apabila satu kepala binatang tiba-tiba keluar terjulur dan bau makin busuk! Menurut lelaki ini, dia terus lari keluar rumah dan muntah-muntah kerana tak tahan.Rumah Berbau Busuk Beberapa Hari, Sekeluarga Cari Puncanya Terkejut Melihat Kepala Terjulur Keluar Dari Siling

Akhirnya terjawab sudah persoalan mereka, apa punca bau busuk di bilik air. Rupanya ada bangkai musang di atas siling bilik air dan air berwarna mereka kehitaman yang menitik itu adalah darahnya.Rumah Berbau Busuk Beberapa Hari, Sekeluarga Cari Puncanya Terkejut Melihat Kepala Terjulur Keluar Dari Siling

Bangkai tu dah dibuang tapi nak jadikan cerita asbestos kat tempat musang tu bersemadi dah melekat bau haruman seribu bunga. Bahagian atas tu pun berselirat dengan wayar lampu dan lain-lain.

Lelaki ini sempat bertanya dalam status facebooknya mengenai apa perlu dilakukan untuk hilangkan bau busuk tersebut. Ada banyak juga cadangan-cadangan daripada netizen yang memberikan pendapat masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

Sumber :Tukang Apa Hari Ini

Be the first to comment on "Rumah Berb4u Bvsuk Beberapa Hari, Sekeluarga Cari Puncanya Terkejvt Melihat Kep4la Terjulur Kelvar Dari Siling"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*