“Tuanku Berjiwa Rakyat…” – Aksi Agong Panjat ‘Divider’ Jalan Tanya Khabar Mangsaa Kemal4ngan Buat Ramai Kagum

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kini sering kali menjadi perhatian ramai kerana sifat baginda yang begitu mesra dan prihatin kepada masalah & keadaan rakyat jelata. Setiap perlakuan baginda serta kerabatnya sentiasa membuatkan ramai berbangga kerana mempunyai seorang Agong dan juga Raja Permaisuri Agong yang sangat prihatin serta ambil tahu keadaan semasa.

Menerusi perkongsian dari Instagram Istana Negara, KDYMM Agong telah turun sebanyak dua kali daripada kenderaan yang dinaikinya untuk melihat sendiri kemal4ngan yang melibatkan beberapa buah kereta di Cyberjaya dan juga di Plaza Tol MEX Putrajaya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda sebanyak dua kali untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kedua berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya. Seri Paduka Baginda menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan. #agongkita #ourking

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

KDYMM Agong dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya ketika baginda secara kebetulan telah melalui kawasan itu. Setelah itu, baginda sempat meninggalkan pesan kepada para pemandu tersebut supaya memandu dengan berhati-hati kerana keadaan jalan yang agak licin disebabkan hujan sejak awal pagi.

Melelalui posting itu, ramai telah memberi komen terhadap keprihatinan baginda. Selain itu, mereka juga akui bahawa sikap ini harus dicontohi oleh para rakyat dengan melihat kerendahan hati seorang raja yang sanggup mengenepikan kedudukan demi memahami situasi rakyatnya.

Our beloved king…

Tuanku berjiwa rakyat,…

Baguslah agong kita nie…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Istana Negara via OMM

Be the first to comment on "“Tuanku Berjiwa Rakyat…” – Aksi Agong Panjat ‘Divider’ Jalan Tanya Khabar Mangsaa Kemal4ngan Buat Ramai Kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*