Sasha Saidin Bakal Nikah Kali Ketiga Dengan Duda Awal Tahun Depan

Pasti tidak sabar menantikan hari bahagia setelah lapan tahun bergelar ibu tunggal. Sasha Saidin telah mengumumkan akan bernikah dengan lelaki berstatus duda yang digelar sebagai Mr W. Seperti yang dimaklumkan pada MyMetro, perkahwinan tersebut akan berlangsung pada awal tahun depan dan sekadar mengadakan majlis yang sederhana.

Banyak perkara perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum menetapkan hari pernikahan tambahan pula bakal suami bekerja di luar negara. Dia tidak sangka ramai yang bertanya akan pernikahan ini dan ada pihak yang mahu menaja majlis tersebut. Dia dan bakal suami cukup terharu dengan tawaran tersebut dan kemungkinan boleh mengadakan majlis resepsi.

Selepas bergelar isteri, dia mengesahkan akan berpindah ke Timur Tengah kerana bakal suami bekerja di sana. Sungguhpun begitu, dia tidak akan meninggalkan kerjaya seninya dan akan berulang-alik ke tanah air.

Dia juga akan berusaha mengembangkan bakatnya dalam bidang peragaan jika ada peluang untuk menembusi pasaran di sana. Walau sibuk dengan jadual kerja dia tetap akan memberi keutamaan pada keluarga.

Semoga ini adalah jodoh terakhir untuk Sasha dan harap semua dipermudahkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Blog Cari via SinarViral

 

 

Be the first to comment on "Sasha Saidin Bakal Nikah Kali Ketiga Dengan Duda Awal Tahun Depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*