Gerhana matahari separa: Umat Islam disaran laksanakan solat sunat gerhana

IPOH: Umat Islam di Perak disaran melaksanakan solat sunat gerhana bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad sempena gerhana matahari separa yang dijangka berlaku di negeri ini, lusa.

Jabatan Falak, Jabatan Mufti Perak, dalam satu kenyataan berkata, gerhana matahari separa dijangka berlaku mulai jam 11.18 pagi hingga 3.09 petang, dengan waktu kemuncaknya pada jam 1.11 tengah hari, ketika 85 peratus matahari ditutupi bulan.

“Bagi masjid atau surau yang ingin melaksanakan solat sunat gerhana secara berjemaah, dicadangkan agar ia dapat dilakukan selepas solat zuhur secara berjemaah.

“Bagi yang ingin melaksanakannya secara individu, mereka boleh melakukan sepanjang masa berlaku gerhana matahari,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Be the first to comment on "Gerhana matahari separa: Umat Islam disaran laksanakan solat sunat gerhana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*