Amalkan Dan Jangan Sesekali Lupa Untuk Membaca 5 Amalan Ini Jika Idamkan Khusnul Khotimah

Setiap manusia di dunia ini telah di tetapkan oleh Allah akan tempoh masa hidupnya. Hal ini di jelaskan dalam Firman Allah SWT:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. (Q.S an-Nisa: 78).

Akan tetapi, Allah tidak memberitahukan 3 perkara kematian kepada hambanya.

1. Bila

2. Di mana

3. Bagaimana

Ada yang mati ketika masih kanak- kanak, ada yang mati ketika remaja, ada yang mati ketika usia tua. Semuanya berada di tangan Allah SWT. Namun secara puratanya, umur umat nabi Muhammad berkisar antara 60-70 tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ان اعمار امتي ما بين ستين و سبعين.

Sesungguhnya umur umatku di antara 60 ke 70 tahun (HR. Ahmad).

Dalil di atas menunjukkan bahawa kita wajib bersiap sedia untuk menyambut datangnya kematian pada bila-bila masa sahaja, hal ini bertujuan agar ketika kematian datang, kita mendapatkan cara mati yang baik.

Apa erti khusnul khotimah? Seseorang yang meninggal dalam kedaan khusnul khotimah akan dijamin syurga baginya di akhirat kelak. Malaikat maut pun dengan sangat hati-hati mengambil nyawanya kerana orang tersebut merupakan hamba Allah SWT yang sangat disayangi-Nya.

Ciri-ciri orang yang meninggal dalam keadaan khusnul khotimah, iaitu meninggal dengan menyebut asma Allah SWT dan meninggal dalam keadaan yang baik seperti meninggal saat menunaikan sholat, saat berzikir kepada Allah, dan lainnya.

Ada beberapa amalan yang dapat membawa kita meninggal dalam keadaan khusnul khotimah, apakah amalan itu? Berikut huraiannya:

1. Menunaikan solat wajib tepat waktu dan tidak pernah meninggalkan solat wajib.

2. Membiasakan diri untuk membaca Al-Quran setiap hari

Meskipun hanya satu ayat saja kerana ayat-ayat Al-Quran merupakan firman Allah SWT yang mampu memberikan kesejukan hati dan fikiran serta menebalkan keimanan kita. Selain membacanya, alangkah baiknya jika kita belajar isi kandungan Al-Quran sebagai pedoman hidup di dunia.

3. Menjalankan solat wajib secara berjamaah di rumah atau di masjid.

Menjalankan solat secara berjamaah dapat melipatgandakan darjat pahala yang akan kita perolehi selain itu solat berjamaah juga dapat memperkukuh persaudaraan sesama muslim sehingga Allah SWT lebih menyukai hamba-Nya yang menjalankan solat secara berjamaah daripada solat sendiri.

4. Menunaikan sholat sunnah tahajjud di malam hari iaitu disepertiga malam.

Solat sunnah tahajjud merupakan solat sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap umatnya kerana dengan menjalankan solat sunnah ini dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT.

5. Selalu berzikir disetiap waktu dan selalu mengingat Allah SWT setiap masa dan dimanapun juga.

Orang yang selalu mengingat Allah SWT tidak akan melakukan hal-hal yang dilarang oleh-Nya dan mereka selalu takut akan murka Allah SWT.

Alangkah beruntungnya bagi seorang muslim yang telah menjalankan amalan-amalan tersebut kerana mereka merupakan hamba-hamba yang dicintai Allah SWT. Kebahagiaan seorang muslim iaitu meninggal dalam keadaan khusnul khotimah kerana hal ini merupakan jaminan syurga untuknya.

Orang-orang yang mati dalam keadaan khusnul khotimah akan berseri-seri wajahnya kerana sebelum dikuburkan Allah SWT telah memperlihatkan syurga untuknya yang akan dihuniya. Sungguh beruntung bagi setiap muslim yang mendapat kematian khusnul khotimah kerana akhir kehidupan di dunia di tutup dengan hal yang baik dan akan membawanya menuju kenikmatan syurga yang telah Allah SWT siapkan untuknya.

Demikian perkongsian beberapa amalan yang dapat menjadikan kematian anda menjadi khusnul khotimah, jadi apakah anda ingin mati khusnul khotimah? rutinkan amalan ini setiap hari.

Be the first to comment on "Amalkan Dan Jangan Sesekali Lupa Untuk Membaca 5 Amalan Ini Jika Idamkan Khusnul Khotimah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*