Bapa bawa foto Ashraf di pusara, terima kasih menantu kerana mencintai arwah

Bapa kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Mohammad Anthony John Sinclair mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke pengebumian anaknya.

Menerusi laporan Tribun News, Mohammed turut memberi ucapan penghargaan untuk menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) yang pernah melayari kehidupan dengan Allahyarham.

“Terima kasih kepada semua yang memberi penghormatan terakhir kepada arwah di sini. Terima kasih Indonesia kerana mencintai anak saya,” katanya.

Suasana sebak menyelebungi tanah perkuburan San Diego Hills, Karawangan di Jawa Barat ketika jenazah disemadikan dengan kehadiran ahli keluarga, rakan selebriti, sahabat handai dan para peminat.

Lebih sayu apabila Mohammed turut kelihatan membawa bingkai gambar anaknya yang berusia 41 tahun itu ke majlis pengebumian tersebut.

Ashraf meninggalkan BCL dan anak lelakinya Noah Aidan Sinclair pada jam 4.51 pagi hari ini akibat serangan jantung.

Sumber : Tribun News

 

Be the first to comment on "Bapa bawa foto Ashraf di pusara, terima kasih menantu kerana mencintai arwah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*