Abby Abadi mahu bagi mainan & baju2 untuk anak arwah Abam

Pelakon Abby Abadi berhasrat untuk menziarahi anak kepada arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Menerusi laman Instagram, pelakon drama bersiri popular Gerak Khas itu memuat naik foto bayi berusia lapan bulan tersebut yang bergambar bersama ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey.

Menurut Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, dia ingin memberi sumbangan baju terpakai atau barang permainan yang sudah tidak digunakan bagi Hamzah.

“Hamzah oh Hamzah. Apa pun alasan yang diberi, saya di pihak Baby (Hamzah) & Mak Baby (Siti Nurhidayah Mohd Ali).
“Nanti nak pergi melawat doranglah.. nak bagi baju atau barang mainan Daiyan (anak angkat) yang banyak2 tak guna & muat dah boleh ke?
“Baju Dayana (anak angkat) ada cucu perempuan dah. Arwah Danial (anak pramatang) dah takde, jadi baju Daiyan yang saya kumpul nak bagi pada Baby Hamzah boleh kan Hidayah?,” katanya.

Posting berkenaan menerima komen netizen dimana rata-rata memuji tindakan Abby yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga isteri Allahyarham.

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu dipercayai akibat demam panas.

Sumber : Abby Abadi

 

Be the first to comment on "Abby Abadi mahu bagi mainan & baju2 untuk anak arwah Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*