“Saya Memang Terkejut Sampai Menggeletar,” – Anak Pemilik Mi Kolok Haji Salleh Terkejut Restoran Ayah Disebut PM Dalam Perutusan Khas

Selepas Mak Cik Kiah menjadi sebutan ramai, kini giliran Restoran Mi Kolok Haji Salleh mendapat perhatian. Memetik laporan Bernama, anak kepada pemilik restoran l, Faridah Salleh tidak menyangka perniagaan keluarganya mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sti Muhyiddin Yassin sewaktu pembentangan Langkah Tambahan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

“Saya memang terkejut sampai menggeletar tadi (selepas mendengar perniagaan kami menjadi salah satu contoh) yang disebut perdana menteri dalam perutusan khas petang ini.

“Banyak kes4nnya (PKP kepada perniagaan) tetapi terp4ksa bertahanlah. Untung tak adalah dan hasil jualan digunakan untuk membayar gaji pekerja, membayar sewa kedai dan bil elektrik. Ini yang penting.

“Satu lagi kejutan yang saya harapkan adalah sekiranya perdana menteri tiba-tiba datang menjamu selera di sini satu hari kelak,” katanya seperti yang dip3tik.

Faridah menganggap ia sebagai pengiktirafan dan keprihatinan Perdana Menteri terhadap usahawan. Walaupun terjejas tervk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan namun mereka tetap meneruskan walau sukar dan terbatas.

Menurut laporan, Faridah mengambil alih oper4si bersama dua adiknya selepas ayah, Salleh Reduan tidak lagi mampu menguruskan perniagan kerana faktor umur.

Sumber : Bernama/Media

Be the first to comment on "“Saya Memang Terkejut Sampai Menggeletar,” – Anak Pemilik Mi Kolok Haji Salleh Terkejut Restoran Ayah Disebut PM Dalam Perutusan Khas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*