Pengarah Sahkan Kru Produksi & Pelakon Drama Demi P0sitif COV1D-19, Sedang Tunggu Saringan Kedua!

Pengarah drama, Rahila Ali menges4hkan dirinya dan beberapa kru produksi drama Demi yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland dis4hkan pos1tif Cov1d-19.

Rahila ketika dihubungi berkata, dia bersama kru dan pelakon yang tiba di tanah air pada 31 Mac lalu diarahkan menjalani kuarantin diri di tempat masing-masing tanpa membabitkan orang lain atau ahli keluarga.

“Buat masa sekarang, saya dan kru lain masih menunggu keputusan laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Apa boleh dikatakan, saya dan beberapa kru dis4hkan pos1tif. Kami juga sedang menunggu untuk saringan kedua.

“Kami tidak ada simptom seperti d3mam dan sebagainya tapi kami tak bernasib baik. Apa yang penting sekarang, doakan kami segera sembuh.

“Terlalu banyak cerita dan fakta salah yang tersebar mengenai kami hingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga masing-masing. Apabila laporan penuh sudah keluar, saya akan kongsikan,” katanya.

Turut pos1tif peny4kit itu ialah salah seorang pelakonnya, Puteri Aishah.

Rahila berkata, dia bersama kru seramai 18 orang termasuk pelakon berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan k3s Cov1d-19 k3s dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Rahila juga terpaksa menghentikan penggambaran dan pulang selepas diarahkan berbuat sedemikian.

Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

Drama Demi diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.

Sumber: Harian Metro/Gempak

Be the first to comment on "Pengarah Sahkan Kru Produksi & Pelakon Drama Demi P0sitif COV1D-19, Sedang Tunggu Saringan Kedua!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*