‘Mulia sungguh hatinya’

“ALHAMDULILLAH… syukur. Mulia sungguh hati dia, semoga Allah membalas semua kebaikan,” Itu antara reaksi warganet berikutan tular gambar seorang lelaki yang membantu menukar tayar ambulans di Jalan Pangi di Kunak, hari ini.

Sikap prihatin ditunjukkan Samsukardi Kamare, 30, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ardie itu mendapat pujian warganet yang berusaha menukar tayar kenderaan berkenaan dalam keadaan p4nas terik.

Menceritakan semula kejadian itu, Samsukardi yang juga seorang imam berkata, dia dalam perjalanan ke surau di Rimbun Hijau, sebelum melihat ambulans berkenaan mengalami keros4kan, 11.30 pagi.

“Pemandunya memaklumkan tayar belakang sebelah kiri ambulans itu pecah selain tidak mempunyai peralatan untuk menukar tayar berkenaan. Dia beritahu sedang menunggu bantuan.

“Kebetulan saya ada menyimpan peralatan dalam bonet kereta sebelum membantu menukar tayar yang ros4k itu,” katanya yang turut mempunyai pengalaman sebagai mekanik lebih sepuluh tahun.

Samsukardi berkata, tidak lama selepas itu sebuah lagi ambulans bersama beberapa anggota tiba di lokasi dan turut sama membantunya memasang semula tayar berkenaan.

Katanya, ketika itu terdapat seorang pesak1t lelaki yang ditemani isteri dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan.

“Memang tergerak hati mahu tolong kerana selepas melihat kecekalan dan pengorbanan kakitangan kesihatan yang bertungkvs lumvs mel4wan penularan wab4k Cov1d-19.

“Ini hanya sumbangan kecil saja jika dibandingkan dengan jasa dan khidmat mereka kepada masyarakat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:MYMEDIA

Be the first to comment on "‘Mulia sungguh hatinya’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*