115 pekerja kongsi kelaparan, t4k cukup makan

TEMERLOH: “Kami terpaksa hadkan makan nasi, ibarat satu genggam sahaja seorang dari pagi hingga ke malam. Ker4k nasi dirend4m air, kemudian dijemur agar boleh dimakan lagi.

“Kami makan nasi kosong dengan berkuah air garam sahaja untuk mengalas perut sejak dua minggu lalu,” kata wakil pekerja binaan di sebuah rumah kongsi dekat bandar Mentakab di sini.

Menurut Sunardi, ada 115 pekerja Indonesia dan Bangladesh yang tinggal di rumah kongsi di tapak pembinaan itu.

Pada peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Sunardi mendakwa mereka masih mempunyai sedikit bekalan makanan dan sedikit wang.

Tetapi apabila PKP masuk fasa kedua, mereka sudah kehabisan wang dan terpaksa berjimat kerana majikan tidak lagi membayar gaji kerana tidak bekerja. Majikan mereka juga didakwa tidak menghantar makanan walaupun sudah dimaklumkan.

Sunardi berkata, rakannya ada mengambil video menceritakan kesusahan mereka dan dihantar kepada rakan di tempat lain untuk bantuan. Bagaimanapun, rakan di tempat lain tidak dapat datang membantu kerana PKP.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Orang Merdeka dan Cakna Temerloh, Abd Jamil Yaakub berkata pihaknya melalui program ‘Kome Cakna’, mengambil inisiatif membantu pekerja berkenaan walaupun kes4l dengan s1kap t1dak bertanggungjawab majik4n terb4bit.

“Diharapkan dengan sedikit bantuan makanan asas seperti beras, telor, tepung, gula, kopi dan kicap dapat membantu mereka untuk beberapa minggu ini,” katanya.

Naib Pengerusi, Persatuan Silambam Malaysia cawangan Pahang, M Tarumasilan Narathamuthu yang turut sama membantu pekerja berkenaan berkata beliau mendapat tahu kesusahan mereka dari video yang diberikan rakannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:BH

Be the first to comment on "115 pekerja kongsi kelaparan, t4k cukup makan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*