‘Sayu terpaksa berpuasa di wad’

PELAKON Ashraf Muslim t1dak dapat menyembunyikan rasa sayu apabila mem1kirkan nasibnya mungkin perlu menjalani ibadah puasa di w4d Hospital Sungai Buloh selepas dis4hkan pos1tif Cov1d-19 pada 12 April lalu.

Ashraf, 39, berkata, dia reda dan berdoa semoga Ramadan yang bakal disambut dua hari lagi diberikan keajaiban daripada Allah SWT.

“Melihatkan keadaan, mungkin saya akan berpuasa di sini. T1dak meng4palah. Sebab masih ramai dan ada yang baru masuk. Memang t1dak sunyi pun.

“Sekarang ini saya tak nampak dah soal sak1t, t4pi fikir nak berpuasa di sini macam mana,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan dirinya, Ashraf

atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim berkata, dia semakin baik.

“Alhamdulillah, saya okay dan semakin baik. Cuma tempoh hari saja saya sakit tekak dan sedikit t1dak selesa.

“Tekanan darah pun okay. Tapi macam biasa, setiap hari kena pantau. Pemeriksaan kesihatan pun macam biasa. Saya masih lagi menvnggu hasil ujian swab kedua,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram, Ashraf mengajak semua untuk melakukan solat tahajud dan minta ampun pada Allah SWT.

“Allahuakbar. Siang dan malam di w4d ini asyik mem1kirkan bagaimana suasana Ramadan kali ini bersama-sama pes4kit di sini.

“Ya Allah, kasihanilah kami. Kami meny3sal dan ampunkan kami. Bawalah Cov1d-19 ini jauh daripada kami. Kami insaf dah. Cukup-cukuplah.

“Kawan-kawan, malam ini jom ramai-ramai kita solat tahajud dan minta ampun pada Allah supaya Allah ampunkan kita semua dan berikan keajaiban pada kita di bulan Ramadan ini. Allah yang berikan kita Cov1d-19 maka dia juga akan menghapuskannya. Semestinya Allah rindukan doa kita. Sama-sama kita buat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:MYMETRO

Be the first to comment on "‘Sayu terpaksa berpuasa di wad’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*