Azwan Ali Mohon Maaf Hambur Kata-Kata K3sat Pada Kucing

Nampaknya Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA seakan tidak pernah lekang daripada kontroversi panas. Bukan sahaja manusia yang menjadi mangsa ‘mulut laser’ pengacara sensasi itu malah, haiwan juga tidak terlepas daripada tempiasnya.

Baru-baru ini, Diva AA dik3cam t3ruk oleh netizen kerana bertindak kasar dengan kucing belaannya. Difahamkan, Azwan ada memuat naik satu video berunsur nasihat berkaitan PKPB kepada kucing-kucingnya.

Bagaimanapun, tindakan Azwan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kucing peliharaannya nyata menimbulkan rasa tidak senang ramai netizen dan di kalangan pencinta haiwan hingga ada pihak yang membuat aduan.

Malah, perkara itu mendapat perhatian daripada pencinta kucing dan Persatuan Haiwan Malaysia yang mengeluarkan kenyataan menerusi laman media sosial mereka menyelar perbuatan selebriti tersebut.

Menurut kenyataan di Facebook, perbuatan mengeluarkan kata-kata k3sat dengan suara yang kuat seperti seperti menjerkah boleh menyebabkan tekanan selain menakutkan haiwan peliharaan tersebut.

Selepas d1kecam t3ruk, Azwan Ali kemudian tampil membuat permohonan maaf di atas tindakannya itu. Jelasnya lagi, tindakannya itu hanya gurauan semata-mata dan telah pun memadam video berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MAAF TERBUKA YA KHAS NYA TO PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA DIVA AA TAKDE NIAT BERGURAU JER OPPP KOZZZ I LOVE ALL MY CATS ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤ 😺😺😺😺😺😺😺

A post shared by DIVA AA OFFICIAL (@divaazwanaliofficial) on

Difahamkan Azwan memelihara beberapa ekor kucing dari baka import di kediamannya yang diberi nama Rosmah, Che Ta, Aaron dan Ziana Zain. Apa pun diharap selepas ini Azwan akan belajar dari kesilapannya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:ROTIKAYA

Be the first to comment on "Azwan Ali Mohon Maaf Hambur Kata-Kata K3sat Pada Kucing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*