Hijab & Heels | “Kalau suami dan isteri mahukan sesuatu yang sama, mereka akan cepat dapat kerana satu hati yang meminta” – Ustaz Ebit Lew

Menggelar seorang isteri dengan ungkapan bidadari, dikongsikan pula secara terbuka dalam media sosial, pasti membuat wanita manapun berasa cemburu dengan isteri kesayangan, Ustaz Ebit Lew.

Apa tah lagi, kita sering mendengar permasalahan isu rumah tangga, wanita bergelar isteri yang sering dikasari dan diperlakukan seperti hamba oleh suami sendiri.

Justeru itu, sikap romantis dan perbualan belas yang dipamerkan Ebit terhadap isterinya sentiasa didambakan oleh wanita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun. Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya. Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat. Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Kelmarin menerusi program ‘Berseorangan Bersama Neelofa’ menerusi Instagram Story yang menampilkan Ebit selaku tetamu undangan, penceramah bebas itu sempat mengulas pertanyaan selebriti popular berkenaan mengenai gelaran bidadari buat isterinya dan kenapa suami harus berbuat baik dengan isteri.

Ia merupakan soalan terakhir Neelofa pada temu bual berlangsung hampir satu jam dengan jumlah tontonan 55,000 penonton.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Doakan cita-cita saya jangan ada satu orang pun yang lapar atau tiada tempat tinggal di Malaysia ini. Semoga Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Saudaraku disebalik ujian ada rahmat- ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Kemuncak akhlak adalah berbuat baik kepada isteri. Hendak tahu seseorang itu baik atau tidak, lihat bagaimana dia bercakap dan melayan isterinya. Itulah Islam yang sebenarnya.

“Bagaimana cara kita bercakap dengan ibu, ayah dan anak-anak itulah juga Islam. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, saat kita peluk keluarga kita, rahmat mencurah-curah terhadap kamu.

“Apabila sedang bersedih atau ada masalah, kita peluk isteri, anak atau emak dan ayah, rahmat mencurah-curah kepada kamu,” katanya.

Memperincikan hujahnya berlandaskan hukum dan syariat Islam, Ebit memberi contoh mengapa kehidupan sesetengah orang sentiasa berasa tidak tenang dan kelam-kabut.

Antara kesilapan yang sering dilakukan suami, mereka lupa sebelum keluar rumah mereka telah memaki hamun isteri dan isteri pula terpaksa memendam perasaan.

“Isteri sekuat mana pun dia, kalau suaminya marah, dia akan menjadi lemah bukan? Namun begitu, orang seperti ini, kalau mendoakan untuk keluarga, ia akan jadi berkat.

“Orang yang sayang, hormat dan jaga kepercayaan serta menguruskan isterinya dengan baik, nanti Allah akan memberi rezeki mencurah-curah.

“Oleh sebab itu, kalau suami dan isteri mahukan sesuatu yang sama, mereka akan cepat dapat kerana satu hati yang meminta,” katanya.

Jika anda seorang daripada pengikut Instagram, Facebook atau YouTube penceramah bebas ini, anda pastinya pernah melihat foto dan video kehidupannya sebagai suami yang tidak lokek membantu isteri menguruskan kerja rumah seperti memasak, menyampu sampah, mambasuh dan lipat kain.

Mengakui sengaja menunjukkan perkara itu, niatnya cuma satu untuk menebarkan mesej kasih sayang, selain memberikan contoh yang baik pada pengikut dan masyarakat umum.

“Saya memang sengaja tunjuk jauh sekali ingin riak, tetapi Nabi Muhammad SAW pernah bersabda siapa yang memberi contoh yang baik, akan beroleh pahala.

“Tak salah kalau suami yang memasak atau menyapu rumah. Tidak jadi hina pun kalau suami pergi membuang sampah, memuji isteri kita dan sebagainya.

“Kadang-kadang orang anggap itu baik tapi itulah agama dalam diri kita. Hidup kita untuk reda Allah, alang-alang kahwin biarlah sampai bawa isteri kita ke syurga,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:H&H

Be the first to comment on "Hijab & Heels | “Kalau suami dan isteri mahukan sesuatu yang sama, mereka akan cepat dapat kerana satu hati yang meminta” – Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*