Isu Muzaffar H1na Kaum Melayu, Kenapa Nama Ustaz Ebit Lew Pula Dipetik

Kalau anda fikir netizen tidak ada kuasa, anda harus fikir banyak kali. Boleh diibaratkan pantang dicabar, mereka terus menyahut. Pantang buat salah sikit memang satu per satu dibongkarnya.

Dunia di hujung jari menyebabkan rakyat kita mudah menerima sesuatu maklumat. Namun harus diingat, kerana dunia di hujung jari ni juga lah kita perlu jaga tutur kata dan budi bicara.

Lihat sahaja kejadian beberapa hari lepas berkaitan sebuah jenama pembekal kain yang terkenal di Negara kita yang telah menyentuh 1su b4ngsa Melayu.

NETIZEN BER4NG DENGAN KENYATAAN DIKELUARKAN KAITKAN BANGSA

Hal ini menyebabkan ramai pihak kurang senang kerana punca pendapatan pembekal kain berkenaan adalah daripada kalangan orang melayu yang selama ini berduyun-duyun memberi sokongan tatkala menjelang hari raya.

Berikutan 1su ini, tampil segelintir individu yang menyuarakan kepada orang ramai untuk tidak lagi menyokong jenama berkenaan dan memilih butik lain sempena Syawal yang bakal tiba.

SERU BERALIH SOKONG BUTIK EBIT LEW

Salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hazwan Iskandar ada meminta orang ramai agar beralih memberi sokongan kepada butik milik pend4kwah terkenal, iaitu Ustaz Ebit Lew yang dikenali Elew’s Design yang terletak di Bangi.

“Kepada semua umat Islam di Malaysia, dari korang beli barang di Mydin dan Jakel yang telah hna bangsa melayu, apa kata mulai sekarang korang beli kat kedai Ustaz Ebit Lew yang telah banyak membantu orang susah di negara ini.”
Sumber Facebook
“Mari kita beli kat kedai Ustaz Ebit Lew. Wa mesti beli dua pasang baju raya nanti.” Kongsi Hazwan.
NETIZEN TURUT MENYOKONG

Melihat kepada reaksi orang ramai, rata-rata mereka menyokong idea yang diberikan oleh lelaki berkenaan. Umum berpendapat lebih baik membeli daripada individu yang suka berkongsi dengan yang miskin dan bukannya mementingkan diri sendiri.

Sumber Facebook
Sumber Facebook

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan yang menanggungnya. Hanya kerana tindakan daripada salah seorang adik pembekal kain terkenal berkenaan telah mengundang seribu satu rasa dalam masyarakat kita.

Apa pun jadikan kisah ini sebagai tauladan dan sempadan kepada kita semua agar lebih berhati-hati dalam menjaga tutur kata di media sosial kelak.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Meecks.com/BSM

Be the first to comment on "Isu Muzaffar H1na Kaum Melayu, Kenapa Nama Ustaz Ebit Lew Pula Dipetik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*