Keluar Saja Dari lCU, Kata-Kata Jururawat Berbangsa India Ini Akan Ambia Ahmad Ingat Sampai Bila-Bila

” Ketika dibawa ke hospital, jururawat yang memasukkan tiub ke dalam badan saya tidak pasti saya ada harapan atau tidak,”

Itu kata-kata jurukamera, Asrul Ambia Ahmad yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (lCU), Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas dijangk1ti COVlD-19 pada 31 Mac lalu.

Ambia sudah dibenarkan keluar dari hospital pada 26 April lalu dan kini menjalani kuarantin di rumahnya. Ketika di lCU, dia hanya sedar selepas 10 hari dimasukkan di situ.

Kata-kata jururawat berbangsa India

Ambia berkata, jururawat berbangsa India itu memaklumkan kepadanya ketika dia dibenarkan keluar dari lCU.

” Ketika saya mula-mula ditempatkan di lCU, dia sedih melihat keadaan saya.

” Ada seorang nurse Thangachi ni cakap masa keluar dari wad lCU…abg masa first abg masuk sini saya lah yang masukkan tiub semua kat abg…sedih saya masa tu tengok abg…ada harapan ka…tapi hari ni bila tengok abg dah bangun sedar…inilah kebahagiaan bagi saya…jatuh air mata…” kata Ambia

Ambia berkata, dia amat berterima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang merawat dan menjaganya sepanjang dia di hospital berkenaan.

” Terima kasih dan tunduk hormat kepada mereka. Anda semua adalah hero saya,” katanya.

Jururawat semua adalah hero saya

Ambia berkata, dia juga berterima kasih kepada isteri, Nurshazreen Zulkefli, rakan dan semua orang yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya termasuk memberi kata-kata semangat untuk sihat semula.

” Buat jururawat dan doktor di lCU, masa dalam tidur saya yang amat-amat memenatkan selama 16 hari.

” Maaf, terima kasih dan tunduk hormat daripada saya kerana sabar, dedikasi anda semua merawat, melayan kerenah, kncing ber4k dan amukan saya.

Ambia berkata, dia berdoa kepada Allah supaya melimpahkan rezeki dan mempermudahkan segala urusan petugas barisan hadapan negara dalam usaha memerangi penularan pandemik COVlD-19.

” Dan kepada nurse serta doktor wad 4c…terima kasih dan tunduk hormat saya kepada kamu semua kerana melayan saya dengan cukup-cukup baik…bagi saya kamu semua adalah hero saya…

” Ya Allah. Kau angkatlah darjat mereka, berilah mereka rezeki yg luas, permudahkanlah segala urusan mereka, rahmatilah mereka, jauhilah mereka dari bala. Terima kasih dan tabik hormat hero hero ku” akhir Ambia

Ambia dimasukkan ke HSB sejurus tiba di tanah air sekembalinya dari menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland, 31 Mac lalu.

Bapa kepada dua anak berusia empat dan dua tahun ini hanya mula sedarkan diri pada 9 April lalu, namun ketika itu paru-parunya masih lemah.

Selain Ambia, empat kru lain termasuk pengarah, tiga pelakon dan ibu pelakon kanak-kanak yang terbabit dalam penggambaran drama itu disahkan positif COVlD-19.

Mereka berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes COVlD-19 di negara ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan bermula 18 Mac lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : A.U/Slamber Media

Be the first to comment on "Keluar Saja Dari lCU, Kata-Kata Jururawat Berbangsa India Ini Akan Ambia Ahmad Ingat Sampai Bila-Bila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*