Khairy Jamaluddin Mendedahkan Warga Emas Boleh ‘Walk In’ Terus Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Selepas Ini

Semalam Menteri Penyelaras Program cov1d-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menyatakan warga emas selepas ini boleh walk in ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mereka dapatkan vaksin.

Perkara ini dikongsikan melalui akaun Twitternya, serta dia turut memaklumkan bahawa tarikh untuk mereka datang ke PPV itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, Badan Bertindak Imunisasi cov1d-19 (CITF) akan lakukan kaedah ini selepas merujuk kepada pengumuman yang diberi oleh Menteri k3sihatan pada sidang akhbar petang semalam.

“Merujuk kepada vaksinasi walk in bagi warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur seperti yang diumumkan Menteri k3sihatan dalam sidang akhbar petang tadi (semalam), Badan Bertindak Imunisasi cov1d-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan kaedah ini akan dimaklumkan kelak,”

Di samping itu, perkara ini perlu untuk memuktamadkan perancangan inisiatif seperti penghantaran bekalan stok ke semua PPV. Termasuk merancang waktu walk in bersesuaian, untuk mengelakkan k3sesakan bagi warga emas.

Akhir sekali, warga emas berusia 60 tahun ke atas beserta pengiring tidak dibenarkan hadir ke mana-mana PPV tanpa temu janji bermula hari ini hingga ke satu tarikh akan diberitahu nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : LM

Be the first to comment on "Khairy Jamaluddin Mendedahkan Warga Emas Boleh ‘Walk In’ Terus Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Selepas Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*