[VIDEO] Warga Emas Menj4ja Di Kaki Lima Minta Duit Beli Beras, Namun Ini Yang Didedahkan Penghulu Kampung Tentang Bantuan Yang Diterima Wanita Uzvr Ini

Semalam, vir4l di media sosial mengenai seorang warga emas yang sedang duduk di kaki lima Pasar Siti Khadijah sambil berniaga. Kisah tersebut diceritakan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Hanif Asyraf  dan video tersebut bagaimanapun, mengundang seb4k rata-rata netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita uzur ini.

Wanita tua itu mendakwa, dia hanya tinggal seorang diri di Selising, Pasir Puteh, Kelantan dan sanggup datang ke pasar tersebut demi mencari rezeki bagi membeli sekampit beras. Namun, di sebalik kisah ‘k3susahan’ wanita tua ini tersingkap sebuah kisah yang membuatkan rata-rata netizen terkejvt.

Kisah sebenar

Menerusi video dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, seorang lelaki tampil mendedahkan perkara sebenar mengenai warga emas yang dikenali sebagai Che Munah Che Wan. Lelaki itu mendakwa, warga emas ini pernah vir4l sebelum ini, berikutan aktivitinya yang meminta bantuan kepada orang ramai.

Kerja Che Munah ni dok minta sedekah itu je kerja dia. Jadi 2 tahun lepas vir4l dia ni suka minta sedekah, minta derma. Kalau hamba nak cerita RM200 ribu lebih masuk ke akaun dia pengurusan pitih (duit) anak-anak cucu dia belaka.

Ujarnya lagi, warga emas ini dikenali warga setempat dan sering kali menerima bantuan daripada kerajaan dan orang ramai.

Kereta tu selepas sebulan dua bulan tukar baru sehingga sampai 2, 3, 4 butir (buah) kereta nak cerita. Itu belum cerita bantuan-bantuan lain lagi. Bantuan JKM RM500, Balai Islam RM400 anak dia yang duduk Kuala Lumpur RM300 pastu yang Terengganu pun boleh juga. Jadi banyak bantuan dan sumbangan dan jika dikira boleh dianggarkan sehingga RM1k lebih.

Perkara sebenar

Respon penghulu kampung

Menerusi tangkap layar perbualan di WhatsApp seorang lelaki dikenali sebagai Md Ridzuan dipercayai Penghulu Kampung,  mendakwa wanita tua itu telah menerima bantuan daripada pelbagai pihak sehinggakan mendapat gelaran ‘orang kaya baru’ daripada penduduk kampung.

Ujarnya lagi, duit tersebut yang merupakan hasil sumbangan orang ramai dipercayai digunakan bagi membeli kereta buat cucu-cucunya.

‘Kami cukup makan minum’

Foto: Tangkap layar video

Lapor Harian Metro, suami kepada warga emas ini dikenali sebagai Abdullah Jusoh, menjelaskan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mencukupi untuk menampung segala keperluan harian mereka.

Dia pergi menjaja sebab bosan, kami pun dapat bantuan setiap bulan. Saya larang pun, dia tetap pergi juga. Dia akan minta bantuan penduduk untuk menghantarnya ke pekan Selinsing, dan kemudian menaiki teksi untuk ke Kota Bharu. Dia keluar menjaja setiap hari kecuali Rabu dan akan pulang ke rumah pada 12 tengah hari.

Ujarnya lagi, rutin menjaja asam keping di pasar tani dan pasar minggu sudah menjadi rutin kebiasaan isterinya sejak berusia 16 tahun. Pada masa yang sama, Abdullah turut menyangkal dakwaan orang ramai yang menyatakan mereka hidup dalam serba kekurangan dan tidak cukup makan.

Saya juga nak terangkan kepada pihak yang prihatin dengan kami, kalau simpati, cukuplah datang jumpa kami sendiri untuk tanya khabar. Saya tak salahkan mana-mana pihak, memang kalau menjaja pun, hasilnya tidak seberapa, tetapi ramai yang beli sebab simpati atau bagi derma.

Ditempatkan di rumah kebajikan

Terbaru, hasil perbincangan banyak pihak Che Munah dilaporkan akan ditempatkan di rumah Sri Kenangan dan akan dipantau serta dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

20 tahun berpisah dengan cucu

Menerusi satu video lain yang dimuat naik di laman YouTube memaparkan warga emas ini berjaya disatukan semula bersama cucunya setelah 20 tahun berpisah. Difahamkan, cucunya membuat panggilan kepada pusat khidmat Dun Selising susulan vir4l video neneknya yang berniaga di kaki lima pasar.

Jika dilihat video tersebut, dapat dilihat cucu dan neneknya yang menahan seb4k sebelum berpelvkan antara satu sama lain berikutan sudah lama terpisah.

Pusat khidmat Dun Selising, dihubungi oleh cucu Che Munah, setelah dia menonton video yang di vir4lkan, terpisah 20 tahun Yang lalu. Alhamdulillah, kami turut merasakan k3sed1han mereka.

Terima Kasih yang vir4l akhirnya dapat jejak kasih. Cucu yang pvtus hubungan sejak 20 tahun lalu mari hari ni. Mek Munah ada seorang anak yang telah meningg4l dulu di Rantau Panjang. Ni salah sorang cucu kandung Mek Munah.

Sumber: Zuraini Kamal,  Ayub Safuan Azhari & Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "[VIDEO] Warga Emas Menj4ja Di Kaki Lima Minta Duit Beli Beras, Namun Ini Yang Didedahkan Penghulu Kampung Tentang Bantuan Yang Diterima Wanita Uzvr Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*