Pak Nil ter4sa hati dengan LHDN. Ini sebabnya

Pengacara terkenal Aznil Nawawi meluahkan rasa terk1lan terhadap agensi kerajaan terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memintanya membayar cukai sewaktu pendapatannya kini kian merudum akibat p4ndemik cov1d-19.

Dia yang lebih mesra disapa Pak Nil berkata, pertimbangan seperti penstrukturan semula yang bersesuaian wajar diberikan memandangkan ramai orang h1l4ng punca pendapatan selepas hampir dua tahun negara bergelut dengan w4b4k tersebut.

Justeru, bagi Aznil, tidak wajar agensi kerajaan tersebut memaksa orang ramai termasuk dirinya untuk membayar cukai ketika keadaan mereka sangat terdesak memikirkan cara untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“k3s positif harian pun dah mencecah 17,000, selain tu dah nak masuk dua bulan kita semua berku.rung. Berapa lama lagi nak hidup begini dan bagaimana dengan status ekonomi kita.

“Semua projek saya asyik dibatalkan dan seribu kali ditangguhkan tapi LHDN ada hati hantar surat suruh bayar cukai tertangguh.

“Jika benar kerajaan prihatin, keluarkan arahan kepada semua agensi mereka untuk pertimbangkan daripada terus mengh1mpit rakyat,” katanya.

Aznil, 58, turut mendakwa dia tiada mas4lah dengan jadual pembayaran cukai sebelum ini namun keadaan kewangan yang terjejas mengakibatkan dia tidak mampu untuk meneruskan komitmen itu seperti biasa.

“Penularan cov1d-19 dari setengah tahun berlarutan jadi hampir dua tahun, sudah tentu saya tak boleh nak bayar (cukai) LHDN.

“Adakah ini masa yang sesuai untuk LHDN terus mengh1mpit? Dengan ramai yang men1ngg4l dunia disebabkan cov1d-19 serta ramai orang fikir entah dapat hidup atau tidak esok.

“Tidakkah berasa malu meminta rakyat bayar cukai pada waktu ni?” katanya lagi.

Menambah kekec3waannya, kata bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu lagi, surat yang sampai kepadanya bernada “ugvtan”.

Dakwanya, dalam suratnya itu, dia dimaklumkan berdepan kemungkinan disekat atau disenarai hitam untuk perjalanan luar negara atau boleh diisytihar mufl1s.

“Saya nak tanya, adakah sesiapa kisah tentang semua itu pada waktu terdesak sekarang? Adakah kita dibenarkan keluar negara sekarang? Tiada siapa kisah.

“Sekarang kita kena fikir macam mana nak hidup untuk hari esok dan hari-hari berikutnya saja,” katanya lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Pak Nil ter4sa hati dengan LHDN. Ini sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*