Putera Mateen Keluarkan Filem Tentang Putera Azim? 5 Fakta Menarik Kena Tahu

Tidak lama lagi di panggung wayang Empire Times Cineplex, bakal menayangkan filem dokumentari yang berjudul ‘Prince Azim – Son of The Arts’.

Dipetik dari hantaran Instagram Putera Mateen, filem tersebut berkisarkan tentang perjalanan hidup abang sulungnya Almarhum Putera Abdul Azim sebelum pergi buat selamanya menghadap Sang Pencipta.

Ini antara beberapa fakta menarik tentang filem ‘Prince Azim – Son of The Arts’ yang perlu diketahui, sebelum menontonnya di panggung!

#1 Tiga Kerabat Diraja Terlibat Dalam Produksi Filem

Dipetik dari Jurnal Soreang, Putera Abdul Mateen bersama dua orang kakaknya Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah terlibat sama dalam penghasilan filem dokumentari almarhum Putera Azim.

Foto – Nona/ Instagram @tmski/Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

#2 Filem Diarah Oleh Seniman Sumardi Hedus

Difahamkan dokumentari ini ditulis dan diarah oleh seniman berbakat Sumardi Hedus dari syarikat Relentless Entertainment.

#3 Papar Zaman Kanak-Kanak Putera Azim

Dipetik dari Borneo Bulletin, di dalam filem ini pertama kalinya akan dipertontonkan video zaman kanak-kanak almarhum Putera Azim kepada umum dan juga memaparkan serba sedikit kisah menarik tentang almarhum yang tidak diketahui ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by This is Progresif Media (@progresifmedia)

#4 Alhamhum Putera Azim Seorang Produser Ternama

Selain itu, filem ini juga membongkar sedikit sebanyak minat almarhum dalam dunia seni hiburan apatah lagi almarhum Putera Azim juga sangat dikenali sebagai seorang produser berbakat dikalangan penggiat seni filem antarabangsa.

#5 Wang Filem Disalurkan Kepada Badan Institut Yang Dekat Dihati Almarhum

Foto – Instagram @tmski/The Wrap

Dipetik dari Borneo Bulletin, hasil dari wang tayangan filem ‘Prince Azim – Son of The Arts’ ini akan disalurkan kepada badan pertubuhan yang dekat dengan hati almarhum Putera Azim iaitu:

  • Pertubuhan K4nser Kanak-Kanak (YASKA),
  • Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam,
  • Pusat Kanak-Kanak Dengan Keperluan Istimewa (KACA) dan
  • Persatuan Pengurusan Aut1sme Masalah Berkaitan Latihan, Pendidikan, Sumber (SMARTER) Brunei

Jangan ketinggalan untuk saksikan filem ‘Prince Azim – Son of The Arts’ pada 29 Julai 2021 di Empire Times Cineplex.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment on "Putera Mateen Keluarkan Filem Tentang Putera Azim? 5 Fakta Menarik Kena Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*