Diangkat Pengacara Baru Nona, Ganti Mira Filzah. Ini Kata Amyra Rosli

Pelakon dan hos, Mira Filzah menjawab pertanyaan peminat menerusi Ins Stories mengenai ketiadaannya di program bual bicara, Nona yang akan diganti dengan hos baru, pelakon Aymra Rosli.

Jelas Mira menerusi Ask Me Question, dia bersyukur kerana berjaya mengendalikan program berkenaan selama empat tahun bermula Disember 2017.

“Banyak soalan psl Nona! Haha. Tak ada apa laahhh. Bias4lah pengacara bersilih ganti. Kalau tgk dkt Wikipedia ada nama nama pengacara terdahulu dan tahun mereka mengacara. Nona sentiasa tukar pengacara utk pembaharuan.

“But Alhamdulillah, Mira rasa Mira bertahan agak lama dlm program ni. First shooting Mira pada Disember 2017. Pejam celik pejam celik nak hampir 4 tahun!,” tulisnya.

Sambil mengakui Nona sering bertukar-tukar pengacara sebagai pembaharuan, bintang drama Sweet Dreams ini juga bakal membuat penampilan terakhir di Nona, Ahad ini.

“This week last episode Mira, next week, first episode pengacara baru and Mira ada muncul skip to say goodbye. Nnt dah betul2 habis, baru kita sembang psl Nona lg k! Sbb banyak soalan psl Nona,” tulisnya lagi.

“Kita Buat Baik Pun Orang Mengata, Ini Rezeki Saya,” – Amyra Rosli Bersedia 101% Hadapi Krit1kan, Amar Baharin Turut Beri Semangat

Pelakon, Amyra Rosli mendedahkan dirinya sudah pun bersedia untuk berdepan segala kemungkinan yang mendatang, termasuk krit1kan setelah diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara baru bagi program popular, Nona.

Menurut Amyra, dia sebolehnya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai hal tersebut, sebaliknya hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk menjayakan program ini sebaik mungkin.

“Untuk menerima kec4man, saya sudah bersedia 101%. Saya bukan nak kata saya tak pedulikan komen netizen tetapi kita buat baik pun orang mengata. Ini rezeki saya dan saya akan buat dengan cara saya sendiri.

“Tiada manusia yang sempurna dan cara untuk mengatasi adalah dengan memperbaiki k3silapan. Sekiranya ada pihak yang mengec4m kita senyum sahaja. Saya pun dah berusia 30 tahun tiada apa lagi yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amyra turut memaklumkan suaminya yang juga merupakan pelakon, Amar Baharin turut gembira selepas mengetahui mengenai tawaran tersebut.

“Amar happy je. Dia suka tengok perjalan karier saya berkembang. Dia sangat menyokong saya. Bila saya dah dapat jadi pengacara Nona ni, dia banyak beri semangat kepada saya.

“Dia tahu isteri dia ni cepat gementar. Bila saya buat latihan seperti teknik melontarkan vokal, dialah yang paling dekat dan banyak memberikan respon untuk saya tahu kelemahan saya,” jelasnya lagi.

Ditanya mengenai harapannya selaku pengacara baru program, Ini reaksi yang diberikan oleh Amyra.

“Saya berharap agar Nona terus menjadi pemangkit semangat buat masyarakat di luar sana khususnya buat para wanita di Malaysia.

“Untuk diri saya sendiri pula, saya ingin memanjatkan rasa syukur sebab saya merupakan antara yang terpilih dan bertuah menjadi s4lah seorang pengacara Nona yang punyai nama besar dalam negara ni.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh team Media Prima kerana beri kepercayaan ini kepada saya,” akhirinya.

Sekadar informasi, Amyra bakal menggantikan pengacara terdahulu yang juga merupakan pelakon, Mira Filzah yang sudah pun berkhidmat hampir empat tahun bersama program tersebut.

Amyra dan Mira bakal membuat kemunculan istimewa dalam episod terbaru Nona yang bakal bersiaran pada 8 Ogos depan.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment on "Diangkat Pengacara Baru Nona, Ganti Mira Filzah. Ini Kata Amyra Rosli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*