Akhirnya Hajat Raisuddin Nak Jumpa ‘Kembar’ Arw4h Anak Tercapai, Tapi Netizen Pula Yang Seb4k – “Seb4k Sangat-Sangat”

Tidak berapa lama dahulu, viral di media sosial tentang seorang wanita yang dikatakan memiliki wajah mirip allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Dikenali sebagai Emy, wanita tersebut dijemput untuk memberi kejutan kepada bapa arw4h iaitu Raisuddin Hamzah sempena sambutan hari jadinya baru-baru ini.

Kejutan yang tidak disangka itu dirancang oleh isteri Raisuddin sendiri, Siti Fatimah Saberi.

“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arw4h, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dgn Emy ni.

“Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk. Sempena hari lahir, kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.

“Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah, terima kasih juga untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” tulisnya di TikTok.

Video:

@suciuwais Masa mula2 org kata muka dia sama dgn arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dgn Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk.Sempena hari lahir kita bawa Emy utk meraikan sekali hari lahir bersama2 dgn kami semua. Terima kasih pada family dan rakan2 yg hadir utk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yg sudi terima pelawaan kami 🥰❤️ #fyp #birthday #love ♬ Tanpa kekasihku – Agnes Monica

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Raisuddin yang terkesima melihat kemiripan wajah Emy yang ada iras wajah anaknya yang telah pergi ke negeri abadi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa seb4k melihat interaksi antara Emy dan juga Raisuddin.

Selain itu, netizen turut memerhatikan gelagat anak Sarah, iaitu Uwais yang turut terkejut melihat kehadiran Emy.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Akhirnya Hajat Raisuddin Nak Jumpa ‘Kembar’ Arw4h Anak Tercapai, Tapi Netizen Pula Yang Seb4k – “Seb4k Sangat-Sangat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*