Sebelum Solat Aidiladha Polis Tahan Seorang Rakyat Arab Sebab Bawa Plsau. Rupanya Ini Sebab Kenapa Dia Bawa Plsau Dan Bukan Untuk Korban

Seorang lelaki warga asing berketurunan Arab ditahan kerana membawa senjata tajam ketika mengunjungi Masjid Sultan Abu Bakar, di sini untuk menunaikan solat sunat perayaan Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 8.45 pagi tadi.

Menurut beliau, kejadian berkenaan dikesan ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS sedang membuat kawalan keselamatan di masjid berkenaan.

“Hasil pemeriksaan tubuh yang dijalankan mendapati suspek memiliki sebilah pisau bersarung dengan ukuran 33 sentimeter termasuk ulu pisau yang diselit di bahagian tali pinggang.

“Siasatan awal mendapati senjata berkenaan merupakan satu hiasan tradisi sempena musim perayaan di negara suspek namun perkara tersebut salah di sisi undang-undang negara.

“Sehubungan itu, lelaki warga asing berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Raub, jika disabitkan bersalah, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun beserta sebatan.

“Orang ramai diminta untuk melaporkan sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan persekitaran mereka bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan pantas,” jelasnya.

 

SUMBER – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://rentasmalaysia.com/

Be the first to comment on "Sebelum Solat Aidiladha Polis Tahan Seorang Rakyat Arab Sebab Bawa Plsau. Rupanya Ini Sebab Kenapa Dia Bawa Plsau Dan Bukan Untuk Korban"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*