“Letak Lah Ana Jobling Ke Siti Saleha, Sy Tetap Nk..” – Tengah Menghayati Skrip, Terus Terdiam Bila Penonton Sebut ‘Sari Yanti’

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Moshiying_. Beliau yang berkongsi mengenai video berdurasi pendek rancangan komedi nombor satu kegemaran ramai Sepahtu Reunion Live yang di mana bersketsakan Jep Sepahtu yang sedang meluahkan perasaan.

Muhd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Bakatnya diperkenalkan menerusi Raja Lawak musim ke – 3 bersama Shuib. Mereka bergabung di bawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu.

“Encik letaklah siapa pun, letak perempuan cantik mana pun encik, saya nak mak saya je”,

“Encik mak saya paling cantik kat dunia ni encik”,

“Encik letaklah Ana Jobling ke, encik letaklah Siti Saleha ke, mak saya paling cantik kat dunia ni encik”, – Sambung Jep lagi.

Dan secara tiba-tiba penonton yang mengambil kesempatan terus menyelit dengan menyebut nama Sari Yanti memandangkan Jep tidak menyebut nama isterinya itu sebagai perempuan yang paling cantik dan terus membuatkan Jep terus terdiam.

“Sari sari jangan buat orang takut boleh tak, tengah berlakon kan”, – Katanya lagi.

Rata-rata penonton yang berada di situ mahupun menonton video tersebut mencetuskan ketawa apabila merasa bangga dapat membuatkan Jep memberikan reaksi sebegitu.

Lihat klip video dibawah:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @cepatberita

Pelbagai komen diberikan seperti:

@faris :tk jdi nak serius bile penonton sebut sari yanti.

@Mrsuzma_:Jangan buat org takut boleh x” hahahahahhahahh.

@Yazrim:hahaha takut jep terus.

@Ramlah Sulaiman:hahaha sari2 org ngh berlakon ni haha kelakar giler.

@hell :Wlapapn dia ingat Isteri terbaik Jep.

@Fieda_Norman:suka tgok Jepp ni.x pernah x kelakar tp masih jaga hati isteri.

@_Nurradawiyah: ada pngajaran tp lawak..jep ni tngok muka pn dh lawak.

@JOKER SR :sari sari jangan buat orang takut boleh tak.

@…. :Member tengah menghayati skrip tu, kena kacau sebut sari yanti.

@SN_ EMPIRE:Lawak main jiwa.gelak dalam tangisan.

@Syahmi Hazim:hahahaha laki jrg berani kalau dgr nama wife.

@mohamadsyawal36:Sari Yanti tak cantik ka si jep woii ghisau trs nma sari Yanti si sebut kn.

@Bunga :tak jadi nak sedih sebab tgok rambut cendawan ebi yus.

@bro.end:jep2 kau ni buat aku pecah perutlh..t.ksh menghiburkan kita semua, terbaik Jep.

Jangan lupa komen yang baik-baik sahaja

Sumber: Cepatberita dan Tiktok

Be the first to comment on "“Letak Lah Ana Jobling Ke Siti Saleha, Sy Tetap Nk..” – Tengah Menghayati Skrip, Terus Terdiam Bila Penonton Sebut ‘Sari Yanti’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*