“Politik Biarlah Matang” – Buat Poster ‘Mat Sakau’, Adi Putra ‘Sekolahkan’ Aktivis

Pelakon filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra baru-baru ini meny1ndir seorang aktivis yang dikenali sebagai Fahmi Reza menerusi entri Instagram miliknya.

Hal itu berlaku selepas Fahmi memuat naik poster filem yang diinspirasikan oleh Mat Kilau yang diberi tajuk sebagai Mat Sakau.

Dalam poster tersebut, dapat dilihat gambar Adi Putra yang di edit bersama Datuk Seri Najib Razak dan ‘caption’ seakan-akan ‘memerli’ bekas perdana menteri itu berikutan skandal penyelewengan wang.

Susulan posting berkenaan, Adi Putra tampil ‘membahasakan’ Fahmi supaya bersifat lebih matang dalam isu berpolitik dan turut mengucapkan terima kasih atas ‘promosi’ yang dilakukan ke atas filem asal.

Politik biarlah matang, apa pun terima kasih promosi gambar saya dan filem asal.”

Adi Putra juga sempat menitipkan kata-kata nasihat untuk Fahmi supaya berfikir lebih wajar sebelum bertindak melulu mengikut n4fsu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)

Allah adalah kekuatan kita, untuk mencari kekuatan, carilah Allah. Itulah perbezaan antara akal dan n4fsu.”

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan bahawa tindakan aktivis sensasi itu sebagai perbuatan yang bi4dap dan melampau.

Sekadar info, filem Mat Kilau baru-baru ini telah ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix sempena Hari Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Fb

Sumber : beautifulnara

Be the first to comment on "“Politik Biarlah Matang” – Buat Poster ‘Mat Sakau’, Adi Putra ‘Sekolahkan’ Aktivis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*