Tak boleh jumpa di Singapura, ramai bagi cadangan Sajat bawa anak angkat ke Australia… Rupanya itu pun tak mudah!

SELEPAS usahawan kosmetik, Nur Sajat meluahkan rasa hampa kerana tidak dapat berjumpa dengan dua orang anak angkatnya di Singapura, ramai yang memberi cadangan agar mereka bertemu di Australia di mana lokasi dia menetap kini.

Mengulas mengenai cadangan itu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berkata tidak mudah untuk dia melakukan perkara itu memandangkan anak-anak tidak didaftarkan di bawah namanya ketika proses pengambilan anak angkat.

“Saya tak boleh nak bawa anak-anak ke Australia sebab pendaftaran bukan di bawah nama saya. Bukan senang hendak uruskan segala dokumen membawa mereka ke sini (Australia).

sajat 2

Dua orang anak angkat Sajat sudah menunggu kehadirannya di Singapura pada Sabtu.

“Semua idea yang anda berikan saya sudah buat. Saya pernah cuba minta visa untuk membawa anak namun ditolak. Bukan mudah jadi orang seperti saya,” katanya.

Sajat menjawab perkara tersebut dalam satu sesi live di akuan TikTok miliknya pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, Sajat ditahan oleh pihak imigresen Singapura sebaik tiba di Lapangan Terbang Changi untuk menghadiri sebuah acara.

Disebabkan permohonan visa yang masih belum lulus, Sajat tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut dan diminta pulang segera ke Australia.

Dalam perkongsian sama, Sajat memaklumkan kehadirannya di Singapura baru-baru ini adalah satu-satunya cara untuk bertemu dengan dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi.

“Saya ke sana menggunakan travel document dan bukannya pasport. Berada di Singapura adalah satu-satunya cara untuk saya berjumpa anak-anak. Saya tidak boleh ke Thailand atau Indonesia.

Saya pernah cuba minta visa untuk membawa anak namun ditolak. Bukan mudah jadi orang seperti saya

NUR SAJAT

USAHAWAN

“Sebelum datang ke Singapura saya ada bertanya kepada orang yang sangat dipercayai tentang keperluan memohon visa… katanya tidak perlu!

“Bagaimanapun beberapa hari sebelum ke Singapura saya ada buat permohonan namun ia memakan masa dan belum diluluskan,” jelasnya.

Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari tahun lalu.

sajat 3

Sajat kini menetap di Australia.

Sajat berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP).

Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Tak boleh jumpa di Singapura, ramai bagi cadangan Sajat bawa anak angkat ke Australia… Rupanya itu pun tak mudah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*